Tuhan,
beri kami cahaya
terik panas pun tak mengapa
sudah kami rasai kematian
mahu bangkit semula jadi kehidupan
kami sudah belajar
pada silih ganti musim yang Kau
limpah dan kurniakan
Pada saat ini
kehidupan hijau begini
akan ada bekalan harus kami tuai
di hujung musim - sesudah lelah menyemai
sebelumnya - saat akan tiba kami
mati semula - dan oleh cahaya Mu
kami bangkit hidup kembali
berkali-kali; entah berapa puluh
ribu kali.
Faisal Tehrani
***
nota kaki: Salam Aidiladha, buat semua.
Kata seorang teman, "Berjuang ertinya berkorban,
berkorban ertinya terkorban..
itulah asam garam perjuangan."