Jun 30, 2012

Hadiahi Bahagia & Kasih Sayang




"Tiada pahala yang dikurniakan atas seorang manusia kerana amal-amal kebaikannya yang setanding dengan (amal kebaikan seperti) kebahagiaan dan kasih sayang yang dihadiahkannya kepada umat manusia."

[Syeikhul Akbar Imam Muhyiddin Ibnu 'Arabi QaddasaLlahu Sirrahu]


Dalam Semua Keadaan, Mengingati-Nya



 "Dalam keadaan apa pun, kenalilah dirimu, bahkan sekalipun kamu lebih baik daripada sesiapa pun yang lain, mohonlah kepada Allah dan bekerjalah untuk keadaan yang lebih baik. Dalam segala hal yang kamu kerjakan, jangan sekali-kali melupakan Allah."

[Syeikhul Akbar Imam Muhyiddin Ibnu 'Arabi QaddasaLlahu Sirrahu]
 

Jun 28, 2012

Kedudukanmu Bergantung Pada Ittiba'un-Nabi





‎"Ketahuilah, kamu hanya akan mendapat kedudukan mulia dan tinggi di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala, jika mengikuti (ittiba') sunnah Nabi ﷺ. Sebaliknya, kamu akan diremehkan (kedudukanmu) dan dijauhkan dari Allah jika tidak mengikuti Nabi ﷺ."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari rahimahuLlah]


Jun 26, 2012

Cahaya Ilmu Menyinarkan Akhlak Indah






"Saya tegaskan, berapa banyak pelajar yang memiliki akhlak rendah yang telah memperoleh ilmu, tetapi telah menjauhkan diri dari pemahaman ilmu agama secara hakiki yang mampu mendatangkan kebahagiaan. Yang didapatkan hanyalah pembicaraan yang direka begitu indah oleh lidah lalu diulangi pengucapannya. Seandainya bersinar cahaya ilmu di dalam dadanya, nescaya akhlaknya akan menjadi baik."
    
[Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali rahimahuLlah, Mizanul Amal]


Jun 25, 2012

Terbit & Terbenam Mentari Di Ufuk Hati





"Matahari terbit dan terbenam. Jika tidak, dunia akan hancur. Hati juga terbit dan terbenam. Terbit ketika muncul harapan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan terbenam ketika muncul perasaan takut kepada-Nya. Jika tidak demikian, hati akan dirundung kerosakan."

[An-Nasafi]

Sayap Khauf (Takut) & Raja' (Harap)




Dalam Risalah Al-Qusyairiyyah, dinukilkan bahawa Abu 'Ali al-Rudhbari telah berkata:

"Khauf (takut) dan raja' (harap) laksana sepasang sayap kepada si burung. Apabila kedua-duanya berada dalam keseimbangan, penerbangan sang burung itu lurus dan harmonis; sedangkan apabila salah satu daripadanya kekurangan, penerbangan sang burung menjadi bermasalah. Dan apabila kedua-duanya hilang, maka nyatalah ia sudah berada pada titik kematiannya."

Pujian Yang Takkan Cukup Bagi-Mu





Alhamdulillahilladzi bini'matihi tatimmusolihat.
Segala puji bagi Allah yang dengan ni'mat-Nya disempurnakan-Nya amal soleh.