Julai 16, 2012

Terbitlah Cahaya Dari Kesuraman





"Andainya hati dan kesedarannya - yakni penglihatan mata hati (basirah) - terisi dengan bayangan makhluk, perhatiannya tertuju kepada mereka dan ketergantungannya adalah kepadanya; (lalu) di manakah cahaya hati dapat terbit di tengah hamparan sanubari yang terkaburi dengan selubungan bayangan (makhluk) yang suram-buram?"

[Al-Habib 'Umar bin Hafidz hafizahuLlah]




Julai 09, 2012

Wahai Diri Yang Terhutang Budi




"Selama kamu hidup, kamu bagaikan seorang pengumpul keuntungan dari kurnia Allah yang sampai kepadamu daripada begitu banyak tangan. Apa yang kamu terima bukanlah benar-benar milikmu. Kamu bagaikan seorang pengurus perbendaharaan harta, kamu harus membahagi-bahagikan apa yang kamu terima, tetapi kamu bertanggungjawab terhadap perhitungannya."

"Jangan sifati dirimu dengan keutamaan, kebaikan, dan kelembutan kerana kamu melayani makhluk. Kamulah yang sebenarnya terhutang budi kepada mereka kerana telah menerima bantuanmu, dengan rendah hati.

"Lihatlah seluruh ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, terutamanya umat manusia, dengan kehendak yang baik, yakni menerima, mengakui, memaafkan, melayani dan mencintainya."

[Syeikhul Akbar Imam Muhyiddin Ibnu 'Arabi QaddasaLlahu Sirrahu]

Julai 05, 2012

Keberanian Dengan Keilmuan (Syaja'ah wal Hikmah)




"Sifat kita bukanlah harus berilmu pengetahuan tetapi takut, atau berkeberanian tetapi jahil."


[Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas]

Beranilah dirimu dengan kedalaman, keluasan dan kejauhan ilmu pengetahuan. Sandarkanlah ilmu itu kepada Pemiliknya, Allah Al-'Aliim. La hawla wala quwwata illa biLlah.




Julai 01, 2012

Bernaung Di Bawah Teduhan Nur Al-Islam


 
"Hakikatnya, apa sahaja yang ada di muka bumi - tamadun, ciptaan manusia dan perkara lainnya - jika mereka terasing dari cahaya penyerahan (Nur Al-Islam) kepada Al-Khaliq (Sang Pencipta), maka hasilnya di dunia adalah kefasadan dan di akhirat; 'azab."

[Al-Habib 'Umar bin Hafidz hafizahuLlah]