Julai 13, 2010

Al Hikmah




Al Hikmah Perkongsian kata-kata hikmah, nasihat, motivasi untuk membangun jiwa. Untuk disebarkan sebagai dakwah melalui tulisan dan juga perkataan. Jom Kongsi!
Silakan klik: Al Hikmah [di Facebook]

KUALA LUMPUR BERSELAWAT - Menuju Mahabbah Rasulullah s.a.w.






Salam Perhatian!


MASJID ASY-SYAKIRIN, KLCC
AHAD, 18 JULAI 2010
3.00pm-10.00pm

Aktiviti :
Persembahan Qasidah & Nasyid oleh INTEAM, MARJAN, Al Mawlid dan Rumah Lambaian Kasih.
Solat Asar.
Bacaan Ratib & Selawat.
Solat Maghrib.
Bacaan Selawat & Maulid Adhiya 'Ullami.
Solat Isya'.
Ceramah Khas oleh Syeikh Dr. Mahmoud Marghlani dari Madinah Al-Munawwarah.

Muslimin dan Muslimat, Seluruh Pencinta Rasulullah s.a.w dijemput hadir!

Maklumat lanjut di
AL MAWLID

MAJLIS KUALA LUMPUR BERSELAWAT [Facebook]


Julai 12, 2010

Demi Yang Engkau Cintai..


‎"Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau Cintai.. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau Cintai."


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
'Inilah du'a yang biasa dipohon oleh Nabi Daud a.s.'.
[Hadis riwayat At-Tirmizi]

Jun 06, 2010

Tentang Futuwwah (Kesatriaan)






Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang soleh."
[Riwayat Bukhari dan Baihaqi]



Dipetik dari Bab Futuwwah, Risalah Al-Qusyairiyyah - Imam 'Abd Karim Ibn Hawazin Al-Qusyairi:


"Futuwwah (kesatriaan) adalah memiliki akhlak yang baik."
[
Umar bin Uthman Al-Makki r.a.]


"Futuwwah ertinya mengikuti Sunnah
(kerana Rasulullah s.a.w. sendiri adalah Satria terulung)."
[
Sahl bin Abdullah al-Tustari r.a.]


"Futuwwah ertinya setia dan tidak melanggar batas yang ditetapkan Allah."
[
Imam Al-Qusyairi]



"Futuwwah ertinya seseorang harus selalu memberi perhatian terhadap orang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
'Allah s.w.t. memberikan perhatian kepada keperluan seorang hamba
selama hamba itu menjaga keperluan saudaranya."
[
Imam Al-Qusyairi]


"Kesempurnaan sifat futuwwah
hanya ada pada Rasulullah s.a.w. sahaja,
kerana pada Hari Kebangkitan
semua orang akan mengucapkan: 'Diriku, diriku'.
Sedangkan Rasulullah s.a.w. akan menyatakan:
'Ummatku, ummatku'."
[
Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq]




"Futuwwah ertinya menahan diri dari menyakiti hati orang lain
dan menawarkan kemurahan hati."
[
Imam Al-Junaid Al-Baghdadi]


"Futuwwah ertinya kamu tidak membenci orang miskin
tapi tidak pula menghindari orang kaya."
[
Imam Al-Junaid Al-Baghdadi]


"Futuwwah ertinya bersikap murah hati
dengan apa sahaja yang telah dianugerahkan kepadamu,
dan menyembunyikan kesulitan-kesulitanmu."
[
Imam Al-Qusyairi]




"Futuwwah bererti seseorang
tidak menganggap dirinya lebih tinggi (yakni, lebih mulia) dari orang lain."
[
Imam Al-Qusyairi]


"Orang yang bersifat futuwwah adalah dia yang tidak mempunyai musuh."
[
Abu Bakr Al-Warraq]


"Futuwwah bererti kamu adalah musuh bagi dirimu sendiri, kerana Allah."
[
Muhammad bin Ali At-Tirmidzi r.a.]




"Futuwwah adalah perbuatan bijak yang kamu lakukan
tanpa melihat dirimu dalam perbuatan itu."
[
Imam Al-Qusyairi]


"Futuwwah ertinya kamu tidak berpaling
ketika seseorang yang memerlukan datang mendekatimu."
[
Imam Al-Qusyairi]


"Futuwwah ertinya kamu tidak bersembunyi
dari orang yang yang mencarimu."
[
Imam Al-Qusyairi]


"Futuwwah ertinya kamu tidak mengumpulkan harta kekayaan
(untuk disimpan lalu dibanggakan)
dan tidak mencari-cari alasan (untuk tidak bersedekah)."
[
Imam Al-Qusyairi]




"Futuwwah adalah jika kita diberi sesuatu, kita bersyukur;
dan jika tidak diberi, kita bersabar."
[
Syaqiq Al-Balkhi]


"Futuwwah adalah jika kita diberi sesuatu, kita berikan kepada orang lain.
Dan jika kita tidak diberi, kita bersyukur."
[
Imam Ja'afar bin Muhammad As-Sadiq r.a.]




"Manusia yang futuwwah (bersifat kesatriaan)
adalah orang yang berani menghancurkan berhala.
Berhala setiap manusia adalah hawa nafsunya sendiri.
Maka, orang yang melawan hawa nafsunya
adalah orang yang benar-benar futuwwah."
[
Imam Al-Qusyairi]


"Futuwwah bererti bahawa hal-hal yang abadi mahupun fana'
sama sahaja bagimu."
[
Muhammad bin Ali At-Tirmidzi r.a.]


"Muruwwah (kemuliaan) adalah bahagian dari futuwwah (kesatriaan).
Ia bererti berpaling dari dunia ini dan juga akhirat,
dengan bangga menjauhi keduanya (untuk hanya bersama-Nya)."
[
An-Nasrabadhi]


Jun 03, 2010

Taubat Yang Sejati





Orang yang tenang-tenang atau terbiasa-biasa dengan dosanya adalah
orang yang angkuh atau jahil, yang belum sedar-sedar bahawa ia cuma
seorang hamba yang mutlak milik Tuannya. Ia tak punya apa-apa secara
hakiki, namun nafsu dan syahwatnya memperdaya bahawa setiap yang terlihat
di sini; di balik peluang dan usaha mampu dia miliki.


Maka, akankah datang saat untuk tergerak hatinya? Perlukah ia
dikeluarkan dari Kebenaran, untuk menyedari Kebenaran itu. Keluar
dari Kebenaran bermaksud lain—bencana, tatkala nurani dicambuk ujian
sebagai tanda keadilan-Nya, hingga akhirnya terpicu sesal yang merawan
jiwa. Tanpa sesal, sulit untuk kalbu berniat kembali pada-Nya.


Sesal mengawali ketergerakan untuk bertaubat, peranjakan dari
jalan yang menyimpang menuju jalan lurus. Namun sesal ini bukan hanya
satu-satunya fasa, kerana takkan berguna penyesalan sebelum memutar
turbin-turbin semangat perbaikan.


Tiadalah menguntungkan mereka
yang mengabaikan tanda-tanda rosaknya jiwa,
hingga tidak tumbuh
sezarah rasa sesal di dalam dada.


Tiadalah penyesalan itu berguna
hingga mulai tertitis makna hamba-Nya,
tiadalah makna itu tertanda
hingga mata hati meratap merana.


Tiadalah ratapan itu berfaedah,
hingga membulatkan tekad untuk berubah.


Tiadalah tekad itu mengarah pada apa-apa,
selagi kesempatan yang ada ditunda-tunda.


Beramallah, jangan cukup sekadar tahu.
Bertindaklah, jangan hanya sekadar merasa sesal.


Yang penting bukan kesedaran sesaat,
tapi kelangsungan yang mengiringi ke akhirat.


Sekaranglah masa, inilah kenyataan.
Kembali, lagi kembali.
Sampai taubat ini bertahan,
taubatlah beribu kali.


Hingga redha pada pandangan Ilahi,
atas anugerah-Nya,
atas kemurahan-Nya,
atas kasih-Nya, sayang-Nya
siapa yang benar-benar mencari,
akan Dia hadiahi..
Taubat yang sejati.



********************************



Ya Allah,
kini kami bersimpuh di hadapan-Mu.
Sesal dan insaf mengucur
di sekujur tubuh kami.
Kami malu, dengan perlahan
mengetuk pintu-Mu. Ya Allah,
bilakah kiranya pintu itu ditutup
sehingga harus diketuk?


Duhai Rabbi, mengapa pertaubatan
tak kunjung memadai kami lakukan?
Duhai Rabbi, mengapa kemaksiatan
terus berulang kami lakukan?
Duhai Rabbi, mengapa ketaatan
tak mencegah kami dari kemungkaran?
Ya Rabbi, kami mohon ampunan-Mu
atas seluruh sikap kurang-ajar kami.


Duhai Yang Maha Mendengar
lagi Maha Melihat,
kurangnya ilmu kami mohon tidak
menghalangi ampunan-Mu.
Kurangnya amal kami mohon tidak
menghalangi pemberian-Mu.
Dan kurangnya keikhlasan kami
mohon tidak menghalangi kasih-Mu.


Ya Allah, izinkan hamba-hamba-Mu ini untuk
meyakini keluasan rahmat-Mu,
sekalipun telah menumpuk maksiat kami.
Jadikanlah ingatan akan kurniaan-Mu
benar-benar modal bagi kami untuk
tidak berputus asa,
sekalipun di tengah berat dan
sempitnya suasana.


Ya Allah, perkenanlah hamba-hamba-Mu
menaruh harapan pada luasnya rahmat-Mu
agar kami berlayar di samudera keredhaan,
terhindar dari syaitan-syaitan yang menyesatkan,
menjauh dari pikuk daratan kemaksiatan.


Ya Allah, ampunilah dosa-dosa
hamba-hamba-Mu ini. Juga dosa-dosa orang
yang pernah berbuat baik kepadanya.
Juga dosa-dosa orang yang
pernah dianiayanya.
Juga dosa-dosa orang yang pernah
menyediakan ladang amal baginya.


Kurniakanlah kepada kami, duhai Rabbi,
kerinduan untuk bertaubat;
hingga Engkau meredhai kami,
dan kami meredhai-Mu.
hingga Engkau tenang dengan kami,
dan kami damai bersama-Mu.
hingga Engkau menerima kami,
dan kami terpaut semata-mata kepada-Mu.


Amiin, amiin, amiin..


Selawat dan salam
atas Junjungan Termulia
Kekasih-Mu Tercinta
Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam
Ahli keluarganya yang diberkati,
Para sahabat yang diredhai..
serta hamba-hamba-Mu yang soleh
yang menjejak langkah mereka
hingga ke pengakhiran dunia..


Amiin,
Ya Akramal Akramiin
- Wahai Yang Maha Mulia dari sekalian yang mulia,
Ya Arhamar Rahimiin
- Wahai Yang Maha Penyayang dari sekalian yang penyayang.
Kabulkanlah..



Amiin,
Ya Rabbal 'Aalamiin.

Tebaran Rona di Layar Jiwa





Sejalur cahaya
menyinar putih,
sekilas mencecah
layar polos terpilih

lalukanlah ia
menerjahi kanta,
terbias alami
sedetik jadi

merah kirmizi
jingga kesumba
kuning gading
biru lazuardi
hijau zaituni

berbeza rona
rapi terpilah, tetap
menawan tatap
mata, mengukir senyum
sukma.

kesederhanaannya indah
keindahan-Nya
sempurna dalam sederhana
mendalam
sebalik tabir bersahaja.

seimbas zahir matamu
bisa menipu,
tak tampak istimewa
melelah jemu.
sedang bukan itu
hakikatnya, sahabatku!

tak terpandang
semua ini, jika
sedari awal
kanta hati
cemar dengan cela
dan prasangka keruh.
tidak jernih dan tulus,
tidak bening dan mulus.

apatah lagi, jika
layar itu
tidak polos,
kusam kotor
cabik rabik,
belum berganti.

jernihkan kanta ini
hingga puas
pandang hati.
pohon jua
diganti-Nya,
kurnia layar baharu.

ingini cahaya-Nya
menyebar saksama
fitri mengalir resap
merata layar jiwa.

sejalur cahaya putih,
terpencar rona berkilauan
sukma senyum melirih
tatap pandangmu tertawan.


al-faqir firus fansuri
Selasa,
14 Rabi'ul Thani 1431 Hijriyyah
300310
1626

Mei 27, 2010

Bebutir Pesisir





Butir-butir pasir,
di pesisir
tampak tiada apanya
nun jauh di dasar samudera,
alangkah ajaib
dikandung cangkerang
menjadi mutiara.


Kerdil tak kasat mata
pada mula
diam-diam
jadi luar biasa
anugerah-Nya.

al-faqir firus fansuri
11 0510
2317


Mei 07, 2010

Qasidah Dalam Ba'





Kuangkatkan tangan menadah pada-Mu dalam setiap dugaan
Dan di dalam setiap bala' kutemui kebaikan-Mu jua.

Engkau Penentu dan Penjamin dalam kesunyianku
Memungkinkan harapan menjadi keperluan

Harapanku dalam-Mu sudah satu ketetapan, Wahai lindungi daku
Dari musuh mengkhianati, dari kawan menyalah erti

Dari percubaan demi percubaan, jika bukan Engkau siapakah yang melepaskanku
Dari pinggang hingga ke dada terkunci aku, pada permulaan

Tanpa kekuatan diriku, tanpa kira bicara
Hanya berbekal kefakiran di hadapan Engkau Mulia Raya

Wahai Pelindung bagi faqir apabila Engkau panggil
Bantu aku wahai Tuan bila hatiku serasa hilang ditawan

Harapku pada-Mu—untungku, modalku, segalanya
Untungku hanya putusku dari makhluk kejadian

Wahai Pembantu walau dari apa jua yang telah aku lakukan
Masih mahu Engkau memandu, memaafkan

Hanya sifat-Mu yang dipegangi, rahmat-Mu mencurahi
Walau terpesong aku, dan diriku berantakan

Selawat dan salam keturunan Bani Hashim itu, kerana dari mereka Nabi Pilihan
Mendatangi hati pengikutnya semasa dalam kesusahan.


Shaykh Abu Madyan Shu'ayb



*dipetik daripada Rangkaian Sastera Sufi,
diterjemah, disunting dan disusun Dr Baharudin Ahmad
terbitan ISTAC IIUM Kuala Lumpur

Awake From Plight







When you fall ill you grieve and feel so low,
You're then awake to what you need to know,

When starting to feel sick your prayers begin,
You beg forgiveness for a life of sin,

Its ugliness the Lord to you displays
So you'll resolve to follow righteous ways:

You swear to God that you'll at last take heed,
And make your every act a pious deed,

That being sick can heal you thus make sense,
It wakes you with increased intelligence!

So heed this principle and never doubt,
Whoever's suffering pain has worked this out:

The more awake they are the worse their plight,
Their suffering turns their tortured faces white!


Maulana Jalaluddin Rumi
The Masnavi, Book One : 627-633
*translation by Jawid Mojaddedi


April 29, 2010

Jalan mudah untuk mencintai Mu







BIRU LAZUARDI
(kepada dirimu yang satu-satunya sudi menyapaku)

Bila kupandang
biru lazuardi
dada langit
tergambar lapang,
tenang hatimu

menyapa mesra
sunyi nurani ini

serba salahku
ingin menyahut sapaan
atau sekadar membiarkan?

Hatiku jadi tak tentu,
lalu kuputus tuk mengutus
khabar ingatan.

Serasa jawapanmu,
kemudiannya

buatku terpana
pesona liris katamu
meneduh jiwa.

Mungkinkah dikau insan
kunanti
selama ini?

Biru lazuardi
dada langit
adalah gambaran
tenang jiwaku
kini, setelah kau pinjamkan
hatimu.

Ibnu Abas
07/05/07
1520
Masjid an-Nur


~~~~




HEMBUSAN~

Lemah lembut mu
adalah
hembusan angin lalu,

semudah sapamu yang sopan
ia menjemput awan mendung
pergi,

telah lama ia menyelubungi
jiwa ini
yang membumi.

maka,
lebih tercerahlah
tanah
yang ternanti-nanti
sinaran-Nya.

lebih terlihat
biru langit

tenang.

terima kasih,
duhai angin semilir

rinduku pada
hembusan itu
lagi.

moga terkirimi ia
dengan izin Nya,
lantas
bumi ini senantiasa
dambai
pencerahan sinar Nya

Ibnu Abas
12/05/07
1524


~~~~




JALAN MUDAH UNTUK MENCINTAI~MU


Takkan pernah cukup syukurku pada~Mu,
Dikurniakan secebis dari sifat al-Wadud~Mu,
untuk mencintainya..

Jalan sukar untuk mencintainya,
membuka jalan mudah untuk mencintai~Mu..

Sebenar-benar karunia~Mu,
dalam seberat-berat ujian.

Ya Rabbul 'Izzaty, permudahkanlah bagi kami,
sepanjang jalan Cinta ini..


Ibnu Abas
31/03/08
1938




Creative Commons License


April 25, 2010

Rampai Hikmah Ibnu 'Athaillah - Al-Hikam (2)






Bagaimana hati dapat bersinar
sementara gambar dunia terlukis dalam cerminnya?

Atau, bagaimana hati bisa berangkat menuju Allah
kalau ia masih terbelenggu dengan syahwatnya?

Atau, bagaimana hati akan bersemangat
menghadap ke hadirat Allah
bila ia belum suci dari "janabah" kelalaiannya?

Atau, bagaimana hati mampu memahami
kedalaman misteri ghaib
padahal ia belum bertaubat dari kesalahannya?



Alam ini serba gelap.
Ia terang hanyalah karena
tampaknya Allah di dalamnya.
Siapa melihat alam namun
tidak menyaksikan Tuhan
di dalamnya, padanya, sebelumnya, sesudahnya,
maka ia benar-benar memerlukan cahaya,
dan "suria" makrifat terhalangi darinya
oleh "awan" benda-benda ciptaan.




Di antara bukti
yang memperlihatkan kepadamu adanya kekuasaan Allah
adalah bahawa Dia menghalangimu dari melihat-Nya
dengan tabir yang tiada wujudnya di sisi-Nya.





Bagaimana bisa dibayangkan kalau sesuatu dapat menghalangi-Nya,
sementara Dia-lah Yang Menampakkan segala sesuatu?

Bagaimana bisa dibayangkan kalau sesuatu sanggup menghalangi-Nya,
sementara Dia-lah Yang Tampak pada segala sesuatu?

Bagaimana bisa dibayangkan kalau sesuatu mampu menghalangi-Nya,
sementara Dia-lah Yang Tampak dalam segala sesuatu?

Bagaimana bisa dibayangkan kalau sesuatu kuasa menghalangi-Nya,
sementara Dia-lah Yang Tampak untuk segala sesuatu?


Bagaimana bisa dibayangkan kalau sesuatu dapat menghalangi-Nya,
sementara Dia-lah Yang Ada sebelum segala sesuatu?

Bagaimana bisa dibayangkan kalau sesuatu sanggup menghalangi-Nya,
bila Dia lebih jelas ketimbang segala sesuatu?

Bagaimana bisa dibayangkan kalau sesuatu mampu menghalangi-Nya,
sedangkan Dia Esa, yang tiada di sampingnya sesuatu pun?

Bagaimana bisa dibayangkan kalau sesuatu kuasa menghalangi-Nya,
padahal Dia lebih dekat kepadamu daripada segala sesuatu?


Bagaimana bisa dibayangkan kalau sesuatu dapat menghalangi-Nya,
sementara seandainya Dia tak ada, nescaya tak akan ada segala sesuatu?

Betapa ajaib, bagaimana kewujudan bisa tampak dalam ketiadaan?
Atau, bagaimana sesuatu yang baharu bisa bersanding dengan Yang Mahadahulu.




Sangatlah jahil, orang yang menginginkan
terjadinya sesuatu yang tidak dikehendaki Allah
pada suatu waktu.



Menunda beramal (soleh)
demi menantikan kesempatan yang lebih luang,
termasuk tanda kebodohan diri.



Jangan meminta kepada Allah supaya engkau dipindah
dari suatu keadaan (hal) ke keadaan yang lain.
Sekiranya Dia menghendaki yang demikian,
Dia tentu telah memindahkanmu
tanpa mengubah keadaanmu sebelumnya.




Bila semangat seorang salik ingin berhenti
pada sebahagian yang tersingkap baginya,
suara-suara hakikat memperingatkannya,
"Yang kamu cari masih di depan!"
Demikian halnya bila tampak
keindahan alam,
hakikat-hakikat memperingatkanmu,
"Kami hanyalah batu ujian,
maka janganlah engkau kafir."
(QS 2: 102)




Kamu meminta dari Allah bererti menuduh-Nya.
Kamu meminta kepada-Nya bererti engkau mengumpat-Nya.
Kamu meminta kepada selain-Nya bererti kamu
tak punya rasa malu kepada-Nya.
Dan kamu meminta dari selain-Nya bererti engkau jauh dari-Nya.



Tiada suatu nafas berhembus darimu, kecuali di situ
takdir Tuhan berlaku padamu.




~~~

Ibnu ‘Athaillah as-Sakandari

Kitab Al-Hikam: Rampai Hikmah Ibnu ‘Athaillah

No. 13-22

Mac 29, 2010

Du'a-du'a Cinta






"Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu,
dan cinta kepada orang yang mencintai-Mu,
dan apa sahaja amalan yang menyampaikan daku pada cinta-Mu."


"Ya Allah, jadikanlah Cinta-Mu itu lebih aku hargai
daripada air sejuk bagi orang yang kehausan."


"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon Cinta-Mu,
dan cinta orang yang mencintai-Mu
serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada Cinta-Mu."


"Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku
daripada apa yang aku cintai,
maka jadikanlah ia kekuatan
untukku mencintai apa yang Engkau Cintai."


"Ya Allah, dan apa sahaja yang Engkau singkirkan
daripada apa yang aku cintai,
maka jadikanlah ia keredhaan untukku
dalam mencintai apa yang Engkau Cintai."


"Ya Allah, jadikanlah Cinta-Mu
sesuatu yang paling aku cintai
daripada cintaku kepada keluargaku,
hartaku dan air sejuk pada saat kehausan."


"Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu,
malaikat-Mu, Rasul-Mu,
(serta) hamba-Mu yang soleh."


"Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan Cinta-Mu,
dan jadikanlah aku bagi-Mu
seperti yang Engkau Cintai."


"Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu
dengan segenap cintaku
dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu."


Amiin.. Ya Rabbal 'Aalamiin.

**(Hadis riwayat At-Tirmizi:
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
'Inilah du'a yang biasa dipohon oleh Nabi Daud a.s.'.)


Mac 09, 2010

Tears And Divine Mercy





Sometimes, in order to help, He makes us miserable;
but heartache for His sake brings happiness.

Laughter will come after tears.

Whoever foresees this is a servant blessed by God.
Wherever water flows, life flourishes:
wherever tears fall, Divine mercy is shown.




Something Better In Return





Should heartache enter your mind and ambush your joy, yet
it prepares the way for happiness.
Quickly it sweeps all others out of the house so that joy
may come to you from the Source of good.
It shakes the yellow leaves from the branch of the heart,
so that fresh leaves may grow continuously.
It pulls up the root of old happiness so that a new ecstasy
may stroll in from Yonder.
Heartache pulls up withered and crooked roots so that no
root may remain concealed.
Though heartache may extract many things from the heart,
in truth it will bring something better in return.




See Without Distortion





One who sees without distortion, free of prejudice,
has light in the eyes.
Self-interest blinds you
and buries your knowledge in a grave.
Lack of prejudice makes ignorance wise;
its presence makes knowledge perverse.
Accept no bribe, and your sight is clear;
act selfishly, and you will be enslaved.