Julai 13, 2010

Al Hikmah




Al Hikmah Perkongsian kata-kata hikmah, nasihat, motivasi untuk membangun jiwa. Untuk disebarkan sebagai dakwah melalui tulisan dan juga perkataan. Jom Kongsi!
Silakan klik: Al Hikmah [di Facebook]

KUALA LUMPUR BERSELAWAT - Menuju Mahabbah Rasulullah s.a.w.






Salam Perhatian!


MASJID ASY-SYAKIRIN, KLCC
AHAD, 18 JULAI 2010
3.00pm-10.00pm

Aktiviti :
Persembahan Qasidah & Nasyid oleh INTEAM, MARJAN, Al Mawlid dan Rumah Lambaian Kasih.
Solat Asar.
Bacaan Ratib & Selawat.
Solat Maghrib.
Bacaan Selawat & Maulid Adhiya 'Ullami.
Solat Isya'.
Ceramah Khas oleh Syeikh Dr. Mahmoud Marghlani dari Madinah Al-Munawwarah.

Muslimin dan Muslimat, Seluruh Pencinta Rasulullah s.a.w dijemput hadir!

Maklumat lanjut di
AL MAWLID

MAJLIS KUALA LUMPUR BERSELAWAT [Facebook]


Julai 12, 2010

Demi Yang Engkau Cintai..


‎"Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau Cintai.. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau Cintai."


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
'Inilah du'a yang biasa dipohon oleh Nabi Daud a.s.'.
[Hadis riwayat At-Tirmizi]