"Allah mengetahui bahawa kamu tidak akan
menerima nasihat belaka, maka Dia mencicipkan
citarasa dunia yang mudah berpisah darimu.
Selama kamu berada di dunia ini, janganlah terkejut
dengan adanya penderitaan. Sesungguhnya penderitaan
muncul hanyalah kerana memang menjadi sifat yang layak
buatnya atau karakter semulajadinya.
Allah menyuruhmu di dunia ini
untuk memerhatikan alam ciptaan-Nya,
dan kelak di akhirat Dia akan
memperlihatkan kepadamu
kesempurnaan Zat-Nya.
Seandainya cahaya keyakinan menyinarimu,
nescaya kamu dapat melihat akhirat itu lebih dekat
berbanding kamu berjalan menujunya, dan kamu jua
dapat melihat "gerhana" kefanaan benar-benar
melanda keindahan dunia.
Allah mewajibkanmu mengabdi kepada-Nya, dan
(itu bererti) Dia hanya mewajibkanmu
memasuki syurga-Nya.
Allah menjadikan akhirat sebagai tempat
untuk membalas para hamba-Nya yang beriman,
kerana dunia ini tak dapat memuat sesuatu yang,
kepada mereka hendak Dia berikan;
dan kerana kebaikan mereka terlalu tinggi
bila harus dibalas di dunia yang tak berkekalan.
Siapa yang menduga bahawa kelembutan Allah
terlepas dari keputusan tegas-Nya, maka
itu hanyalah kerana pandangannya yang tidak mendalam.
Siapa yang merasa buah amalnya di dunia, maka
itulah bukti bahawa di akhirat amalnya diterima.
Siapa cemerlang pada permulaan,
cemerlang pula pada kesudahan.
Antara tanda kejayaan pada akhir perjuangan
adalah berserah diri kepada Allah
sejak permulaan.
Buah ketaatan yang dirasakan di dunia
adalah khabar gembira bagi orang-orang
yang beramal, tentang adanya pahala ketaatan
di akhirat."
Ibnu 'Athaillah, al-Hikam
~~~
"Airmata boleh bercucuran, hati dapat merasa duka.
Tapi kami hanya berkata apa yang menjadi perkenan Allah,
dan bahwa kami, wahai sahabatku; sangat sedih atas pemergianmu.."
Muhammad Afif Asyraf Abd Rashid,
Kembali ke hadirat Allah,
tengah hari 14 Safar 1431 Hijriyyah - Sabtu, 30 Januari 2010.
Semoga segala rahmat dan keampunan-Nya, cinta dan belas kasih-Nya,
moga tercurah buatmu.
Al-Fatihah.
~~~
Ya Allah, ampunilah baginya
segala dosa dan kekurangannya,
dan muliakanlah tempat tinggalnya,
lapangkanlah tempat masuknya (di dalam kubur),
mandikanlah dia dengan air salji
dan air dingin sedingin embun,
bersihkanlah dia daripada kesalahan
seperti dibersihkan kain putih daripada kekotoran,
gantikanlah tempat yang lebih baik
daripada tempat tinggalnya (di dunia),
temankan dia ahli yang lebih baik
daripada ahlinya yang sebelumnya,
sahabat yang lebih baik daripada
sahabatnya yang pernah ditemuinya,
dan perkenankanlah dia ke dalam syurga-Mu
dan naungilah dia daripada
seksa kubur dan azab neraka.
Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.