Mei 07, 2010

Qasidah Dalam Ba'





Kuangkatkan tangan menadah pada-Mu dalam setiap dugaan
Dan di dalam setiap bala' kutemui kebaikan-Mu jua.

Engkau Penentu dan Penjamin dalam kesunyianku
Memungkinkan harapan menjadi keperluan

Harapanku dalam-Mu sudah satu ketetapan, Wahai lindungi daku
Dari musuh mengkhianati, dari kawan menyalah erti

Dari percubaan demi percubaan, jika bukan Engkau siapakah yang melepaskanku
Dari pinggang hingga ke dada terkunci aku, pada permulaan

Tanpa kekuatan diriku, tanpa kira bicara
Hanya berbekal kefakiran di hadapan Engkau Mulia Raya

Wahai Pelindung bagi faqir apabila Engkau panggil
Bantu aku wahai Tuan bila hatiku serasa hilang ditawan

Harapku pada-Mu—untungku, modalku, segalanya
Untungku hanya putusku dari makhluk kejadian

Wahai Pembantu walau dari apa jua yang telah aku lakukan
Masih mahu Engkau memandu, memaafkan

Hanya sifat-Mu yang dipegangi, rahmat-Mu mencurahi
Walau terpesong aku, dan diriku berantakan

Selawat dan salam keturunan Bani Hashim itu, kerana dari mereka Nabi Pilihan
Mendatangi hati pengikutnya semasa dalam kesusahan.


Shaykh Abu Madyan Shu'ayb



*dipetik daripada Rangkaian Sastera Sufi,
diterjemah, disunting dan disusun Dr Baharudin Ahmad
terbitan ISTAC IIUM Kuala Lumpur

3 ulasan:

Suhana Suid berkata...

teruskan posting.. :)

Tanpa Nama berkata...

em alhamdulillah cukup memberi pujukan

firusfansuri berkata...

Suhana: Syukran jiddan. In sya Allah, sedikit masa lagi :)

Dunya wal Akhirah: Allahu musta'an. Allah-lah Sebaik-baik Pembantu.