Ogos 07, 2010

Nasihatilah Beserta Kesucian dan Kekuatan






"Diriwayatkan dari Hasan al-Basri rah.a., dia berkata: 'Nasihatilah manusia dengan ilmu dan ucapanmu.' Wahai pemberi nasihat, nasihatilah manusia dengan kesucian nuranimu dan kekuatan hatimu. Jangan kamu nasihati mereka dengan kebaikan lahirmu, sedangkan hatimu buruk."

"Duhai anak, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hatimu. Kamu hanya senang bercerita tentang keadaan orang soleh dan berangan-angan mendapatkannya. Kamu seperti orang yang menadah air, kemudian membukanya; maka kamu tidak akan menemui sesuatupun yang tertinggal di tanganmu. Celaka kamu, melamun itu lembah kebodohan. Nabi s.a.w. bersabda: 'Janganlah kamu hanya mengelamun, kerana itu adalah lembah kejahilan.' "

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

2 ulasan:

UglyPooh berkata...

sgt bagus utk sy renungkan :-)

firusfansuri berkata...

alhamdulillah.. faqir ini jua, amat memerlukan-Nya.. :)