September 08, 2011

Kemanisan Dari Hadirnya Cinta





"Hatimu akan merasakan manisnya takdir Tuhan jika
kamu mencintai-Nya. Kamu akan mencintai-Nya jika
kamu mengenal-Nya. Semakin tinggi pengenalanmu
terhadap Tuhan, semakin tinggi pula darjatmu dan
semakin terasa agung ketentuan-Nya bagimu. Dia
sesungguhnya lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri.

Kerana itulah dikatakan, orang yang paling mencintai Allah
adalah orang yang paling mengenal-Nya."

[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]


September 07, 2011

Bersungguh-sungguh Mencinta





"Rasa cinta seorang hamba kepada Allah tidaklah boleh
menyerupai cinta seorang makhluk kepada makhluk
yang lainnya. Kerana, cinta (kepada makhluk) seperti itu
merupakan kecenderungan untuk menguasai dan mendapatkan
sang kekasih. Hal ini merupakan ciri-ciri cinta jasmaniah.

Para pencinta Allah s.w.t. adalah orang-orang yang bersungguh-
sungguh dalam mendekati-Nya, bukan orang-orang yang menuntut
mesti bersama-Nya (yakni, memaksa-Nya - Maha Suci Allah dari
kehendak makhluk, Kehendak-Nya sahaja yang terjalani atas semuanya).

Orang yang menuntut itu berdiri sendiri dengan rasa cintanya
(dengan sangkaan semata-mata), sementara orang yang bersungguh
-sungguh itu turut larut dengan Kekasihnya. Orang-orang yang
paling jujur dalam medan cinta adalah mereka yang
bersungguh-sungguh meraih cinta
yang ditakluki olehnya."

[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]




September 06, 2011

Cinta-lah Caranya





"Mencintai Allah adalah cara yang patut ditempuh
seorang hamba Allah berlandaskan keyakinan."

[Al-Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


September 05, 2011

Penyebar Cinta





"Orang yang paling dicintai Allah
adalah orang yang menjadikan Allah
mencintai hamba-hamba-Nya, dan
beramal soleh di muka bumi dengan segala ketulusan."

[Sayyidina Hasan Al-Basri r.a.]


September 04, 2011

Terus-terusan Mencinta





"Sesiapa yang berterusan rasa cinta kepada
Baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam,
tidaklah akan pernah merugi di dunia dan akhirat."

[Prof. Dr. Al-Habib Abdullah Bilfaqih]


September 03, 2011

Mengapa Harus Mencinta





"Cintailah orang-orang soleh,
kerana mereka memiliki kesolehan mereka.
Cintailah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam,
kerana baginda adalah Kekasih Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Cintailah Allah, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala
adalah kecintaan Rasulullah dan orang-orang soleh."

[Al-Imam Asy-Syafi'i]


September 02, 2011

Pandangan Sarat Cinta





"Hanya melalui (pandangan) cinta,
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dapat dipandang
(dengan sebenar-benar pandangan)."

[Shaykh Abdul Hakim Murad]


September 01, 2011

Al-Mu'allim





"Guru yang paling bertaqwa adalah
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam.
Sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam:
'Aku dididik oleh Tuhanku dengan sebaik-baik didikan.' "

[Al-Habib Abdullah bin Muhsin Al-Attas]


Ogos 31, 2011

Cermin Ummah





"Cermin dan contoh teladan ummah Islam adalah
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam."

[Al-Imam Muhammad Al-Ghazali]


Ogos 30, 2011

Kunci Mengenal-Nya





"Kunci mengenal-Nya (Subhanahu wa Ta'ala)
ialah mengenalnya (Sallallahu 'alaihi wasallam)."

[Shaykh Muhammad Al-Yaqoubi]


Ogos 29, 2011

Menghayati Pengaturan-Nya






"Dengarkan titisan air.
Biarkan menitis tanpa perlu disesali,
sebab sebagai balasan atas titisan itu,
kau mungkin akan memperolehi lautan."

[Maulana Rumi]


Ogos 28, 2011

Ceriakanlah Wajahnya





"Ceriakanlah wajah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam
dengan kebaikan amal-amal baik kalian."

[Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi]


Ogos 27, 2011

Satu-satunya Jalan Yang Terbuka





"Semua jalan telah tertutup bagi semua makhluk,
kecuali bagi orang yang mengikuti jejak
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam."

[Al-Imam Al-Junaid Al-Baghdadi]


Ogos 26, 2011

Berharap Hanya Di Atas Jalan-Nya





"Tidak dapat diharapkan sampai
kepada Allah s.w.t.
bagi orang yang tidak mengikuti
Rasululllah sallallahu 'alaihi wasallam."

[Syeikhul Akbar Muhyiddin Ibn 'Arabi Qaddasallahu Sirrahu]


Ogos 25, 2011

Berjalanlah Dengan Kelopak Matamu Sekalipun





"Kamu tidak akan mampu membalas kebaikan Nabimu,
walaupun kamu berjalan dengan kedua-dua kelopak matamu."

[Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad]


Ogos 24, 2011

Kamar Dirimbuni Mawar






"Andai dunia ini ibarat dipenuhi duri,
maka hati sang pencinta laksana kamar beradu dirimbuni mawar."

[Maulana Rumi]

Ogos 23, 2011

Menjaga Batin dan Lahir






"Jagalah batinmu dengan merasakan kehadiran Allah
dan jagalah lahirmu dengan mengikuti sunnah (Rasulullah s.a.w.)."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]

Ogos 22, 2011

Syukur & Taubat, Buahnya Tafakkur




"Tafakkur adalah perbuatan hati. Jika kamu melihat kebaikan pada dirimu, bersyukurlah kepada Allah swt. Jika kamu melihat keburukan pada dirimu, maka bertaubatlah dari keburukan itu. Dengan tafakkur, agamamu akan hidup dan syaitanmu akan mati. Oleh kerana itu dikatakan, "Tafakkur sesaat adalah lebih baik dari ibadah semalaman (dalam kelalaian)."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]



Ogos 21, 2011

Memanfaatkan Sedikit Demi Sedikit





"Barangsiapa tidak pandai mensyukuri harta yang sedikit,
ia tak akan mampu mensyukuri harta yang banyak.

Barangsiapa tidak bisa memanfaatkan ilmu yang sedikit,
ia akan lebih tidak mampu memanfaatkan ilmu yang banyak."

[Imam Habib Abdullah Al-Haddad]


Ogos 20, 2011

Akal Bagi Nikmat & Syukur





"Akal yang bermanfaat adalah yang membuatmu mengenali
nikmat-nikmat Allah dan mendisiplinkanmu untuk mensyukurinya,
dan menolongmu untuk mampu mengakui nikmat-nikmat itu dan kualitinya."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.]


Ogos 19, 2011

Ertinya Sabar





"Sabar itu ertinya kamu tak mengadu pada seseorang,
tak bergantung pada sesuatu sebab,
tak membenci adanya musibah
ataupun menyenangi hilangnya."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.]


Ogos 18, 2011

Laksana Kepala Bagi Jasad





"Nabi sallaLlahu 'alaihi wa sallam bersabda:
'Iman itu dua bahagian:
Separuhnya sabar dan separuhnya lagi syukur.'

Jika kamu tidak bersabar, kamu tak memiliki agama,
dan imanmu (ibarat) tidak memiliki kepala.
Nabi sallaLlahu 'alaihi wa sallam bersabda:
'Sabar itu bahagian dari iman,
sebagaimana kepala bahagian dari jasad.' "

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.]


Ogos 17, 2011

Bebaslah Dari Dibelenggu Nifaq





"Anak muda, pelajarilah ilmu dan ikhlaslah hinga kamu terbebas
dari jaring-jaring dan belenggu kepura-puraan (nifaq). Tuntutlah
ilmu kerana Allah, bukan kerana makhluk-Nya, dan bukan kerana
dunia. Tanda bahawa kamu menuntut ilmu kerana Allah adalah
kamu gerun kepada-Nya ketika menjalankan perintah atau menghindari
larangan, merasa selalu diawasi oleh-Nya, merasa hina di hadapan-Nya,
tawadhu' di hadapan makhluk tanpa merasa perlu kepada mereka-
bukan kerana tamak terhadap apa yang mereka miliki-
kerana persahabatan bukan di jalan Allah sama dengan permusuhan;
kegigihan bukan di jalan Allah sama dengan kesia-siaan,
dan pemberian bukan di jalan Allah sama dengan kefakiran."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.]


Ogos 16, 2011

Tauhid Murni





"Bagaimana bisa kamu mengucap La Ilaha illaLlah sementara
dalam hatimu ada banyak tuhan? Segala sesuatu selain Allah
yang kamu jadikan sandaran dan pegangan, maka itu berhalamu.
Tauhid di lisan yang disertai syirik di hati tidaklah berguna bagimu.
Bersihnya tubuh yang disertai najisnya hati tidaklah pula berguna bagimu."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.]

Ogos 15, 2011

Api Sekaligus Cahaya





"Kaumku, lemahkanlah syaitan-syaitanmu dengan keikhlasan
dalam mengucapkan La Ilaha illaLlah dengan tak semata melafazkannya.
Tauhid itu membakar syaitan-syaitan manusia dan jin,
kerana tauhid adalah api bagi syaitan, dan cahaya bagi orang yang bertauhid (muwahid)."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.]


Ogos 14, 2011

Perhiasan Hati





"Perhiasan hati adalah tauhid, ikhlas,
bersandar penuh kepada Allah,
dan dengan mengingat-Nya
serta melupakan selain-Nya."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.]


Ogos 13, 2011

'Sebelum' & 'Sesudah'





"Sesungguhnya 'sebelum' dan 'sesudah'
merupakan bentuk waktu yang tidak berlaku bagi-Nya."

[Syeikh Al-Akbar Ibnu 'Arabi Al-Hatimi At-Tho'i Qaddasallahu Sirrahu]

Ogos 12, 2011

Kurniaan & Keadilan-Nya





"Jika Allah hendak memberi nikmat,
maka Dia memberikannya dan itu adalah kurniaan-Nya;
jika Dia menguji dan menyeksa ('azaba),
maka itu adalah keadilan-Nya."

[Syeikh Al-Akbar Ibnu 'Arabi Al-Hatimi At-Tho'i Qaddasallahu Sirrahu]


Ogos 11, 2011

Sang Petani dan Tanahnya





"Bersikaplah tawadhu', temui para ulama' yang mengamalkan ilmunya,
sampai benih datang, turun hujan, dan ia pun tumbuh.
Siapa yang memperlakukan kalbunya seperti petani memperlakukan tanahnya,
kalbunya akan bersinar dengan cahaya iman dan hikmah."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Ogos 10, 2011

Kebenaran Untuk Cemburu




"Janganlah sesekali kamu berasa cemburu
kecuali pada seorang hamba yang telah diberikan pakaian taqwa
dan telah mencicipi lazatnya ikhlas."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Ogos 09, 2011

Persalinan Ketaqwaan





"Ketahuilah bahawa orang yang kalbunya sedang sakit,
kerana maksiat dan nifak, dia takkan bisa memakai
persalinan ketaqwaan. Bila kalbumu terbebas dari
segala penyakit nafsu dan syahwat,
bererti kamu telah memperoleh taqwa."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Ogos 08, 2011

Kalbu Laksana Kediaman





"Siapa yang ingin melihat kepada berbagai-bagai macam kalbu,
hendaknya ia melihat berbagai-bagai jenis rumah di daerahnya.
Ada rumah yang sudah rosak dan menjadi tempat kotoran sampah.
Ada rumah yang rosak dan menjadi tempat ular dan binatang buas.
Ada rumah yang tak bercahaya, gelap gelita. Ada rumah yang
menjadi tempat berkicaunya burung gagak dan burung hantu.
Dan ada pula rumah yang ramai oleh penghuninya, menyebarkan
wewangian dan bunga-bunga, serta disinari oleh kilauan bintang
gemintang. Lalu perhatikan kalbumu, termasuk yang manakah ia
sehingga kamu benar-benar tahu."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Ogos 07, 2011

Siramilah Pohonan Kalbu





"Kalbu ibarat sebatang pohon,
bila disiram dengan air ketaatan
buahnya akan tampak jelas."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Ogos 06, 2011

Taat dalam Tatapan-Nya





"Seandainya dia mengetahui kedekatan Allah
dan menyedari bahawa Allah selalu menatapnya,
nescaya dia takkan bergegas melakukan larangan-Nya."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Ogos 05, 2011

Mengetahui, Mengenal, Meredhai-Nya





"Sungguh buruk bila manusia mengetahui kebaikan Allah,
tetapi ia berani melawan.
Sebenarnya tidak dianggap (seseorang itu) mengenal Allah
jika ia memilih untuk melawan."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Ogos 04, 2011

Si Celik Pemimpin Si Buta





"Wahai saudaraku, janganlah termasuk orang yang
menyerahkan kalbunya kepada nafsu.
Bagaimana pendapatmu kalau seseorang dapat melihat,
tetapi minta dipimpin oleh orang yang buta?"

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Ogos 03, 2011

Selamat Sampai Akhirat





"Wahai saudaraku, janganlah tertipu dengan menyerahkan kalbu pada nafsu
sehingga kalbu tersebut mengikutinya dan membawamu kepada kebinasaan.
Kalbu yang menuruti nafsu tak ubahnya seperti manusia yang menggantungkan diri
pada orang yang tenggelam di lautan. Akhirnya, keduanya sama-sama tenggelam.
Sedangkan menyerahkan nafsu kepada kalbu seperti manusia yang menyerahkan dirinya
kepada perenang mahir. Ia pun bisa berenang bersamanya sehingga selamat sampai daratan."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Ogos 02, 2011

Permata Tak Ternilai





"Apabila kamu mencintai seseorang, impian itu tidak akan terwujud
sehingga kamu betul-betul layak mendapatkannya.
Iaitu, dengan membersihkan kesalahan dan kehinaan yang terdapat pada dirimu."

Ketahuilah, seorang alim yang mengamalkan ilmunya pada saat ini
lebih sulit didapatkan berbanding permata yaqut merah. Bila kamu
mencari seorang qari yang pandai membaca Al-Quran jumlahnya banyak.
Bila kamu mencari doktor jumlahnya juga sangat banyak. Demikian pula
jika kamu mencari seorang faqih. Akan tetapi, apabila mencari orang yang
bisa memberitahu aib dirimu secara jujur dan tulus, jumlahnya sangat sedikit.
Bila kamu berhasil menemukan orang tersebut, peganglah ia secara erat dengan
kedua tanganmu. Berusahalah untuk selalu bersama dan duduk dengannya.
Dialah yang paling berguna bagimu di dunia ini.

Ketahuilah, setiap orang yang bersahabat dengan para ulama besar belum
tentu mengikuti petunjuk mereka dan belum tentu bisa mengambil manfaat
dari persahabatan mereka. Sebahagian orang justeru terbuai manakala
bersahabat dengan para ulama'. Mereka cukup puas dengan persahabatan
tersebut dan lupa beramal. Bahkan, itu dijadikan sarana bagi mereka untuk
menjadi terkenal dan riya'. Kerana itu, jangan sampai ketika bersahabat dan
mengenal para alim kamu merasa selamat dari neraka dan merasa aman dari
seksa Allah di akhirat. Sebab, siapa yang merasa aman dari Allah bererti telah
menentang-Nya. Kerana dengan sikap tersebut, bererti ia merasa aman
dari hukuman-Nya. Seringkali mereka yang jahil berkata, 'Saya bersahabat dengan
Syeikh fulan, saya melihat Syeikh fulan, dan saya termasuk pengikutnya.'
Mereka membuat pelbagai pengakuan dusta.

Seharusnya ketika mereka bersahabat dengan para ulama', mereka bertambah
kenal, takut, ikhlas, dan taqwa kepada Allah. Selain itu seharusnya mereka
berusaha untuk mentaati-Nya, bertaubat, serta melakukan dan memperbanyak
amal kebajikan.

Contoh yang paling nyata dalam hal ini adalah para sahabat Rasulullah saLlallahu
'alaihi wa sallam. Mereka adalah orang yang paling takut kepada Allah dan paling
banyak dalam melakukan amal ibadah. Ketahuilah bahawa para ulama dan orang-
orang bijak akan mendidikmu bagaimana caranya menghadap, berinteraksi,
beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Bukankah
seorang hamba abdi yang baru dibeli belum mahir dalam mengabdi? Terlebih
dahulu ia akan diserahkan kepada orang yang bisa mendidik dan mengajarkan
adab dan akhlak. Jika sudah layak dan mengetahui adab barulah diserahkan
kepada sang majikan. Tentu, orang yang diambil sebagai pekerja oleh sang
majikan akan dimuliakan. Namun, yang tak layak mengabdi tetap sebagai
abdi biasa, serta tidak layak diajak bersama (melayan majikannya). Begitulah
kedudukan para wali Allah. Para murid menyertai mereka agar bisa dipimpin
hingga mendekat kepada Allah.

Tak ubahnya seperti perenang mahir, kalau hendak mengajar anak kecil berenang,
ia akan menariknya serta membiarkan anak tersebut berada di sampingnya sampai
mahir dan mampu berenang sendiri. Jika sudah mahir dan dipercaya, ia bisa
dibawa ke laut yang dalam dan dibiarkan berenang sendirian."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Ogos 01, 2011

Laksana Pengantin Wanita





"Kalau di dunia ada orang-orang yang jika dijadikan sandaran
mampu mencukupkan keperluan (dunia), akhirat juga
mempunyai orang-orang yang jika dijadikan sandaran
mampu mencukupkan keperluan (akhirat). Janganlah
berkata, 'Kami sudah mencari orang-orang akhirat
tetapi tidak menemuinya.' Sebab, kalau kamu mencari
dengan tulus nescaya akan ditemukan. Kalaupun tidak
menemuinya, itu kerana kamu kurang memiliki persediaan.
Pengantin wanita sahaja takkan mahu memperlihatkan dirinya
di hadapan penjahat. Sebaliknya, ia akan bersembunyi dari
orang itu. Kalau kamu ingin melihatnya, kamu harus terlebih
dahulu meninggalkan perbuatan jahat. Jika sudah dilakukan
barulah kamu akan menyaksikan para wali Allah yang -
segala pujian bagi Allah - berjumlah banyak.
Jumlah mereka bukan sedikit."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Julai 31, 2011

Genangan Rahmat di Lembah Tawadhu'





"Tak ada yang menghalang turunnya kurnia dari langit
serta menghalangi rahmat Allah seperti kesombongan.
Kita berlindung kepada Allah.

Hujan yang turun dari langit hanya akan tergenang
di permukaan tanah yang rendah, bukan di permukaan
yang tinggi, dan bukan pula di puncak-puncak gunung.
Demikian pula dengan hati orang-orang yang sombong.
Rahmat Allah hanya turun pada hati yang tawadhu'."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Julai 27, 2011

Pembimbing Sejati



"Siapa yang menunjukimu (menyandarkan cinta)
pada amal-amal syariat pasti ia melelahkanmu,
siapa yang menunjukimu (menyandarkan cinta)
pada dunia bererti ia menipumu,
sementara siapa yang menunjukimu (menyandarkan cinta)
pada Allah bererti benar-benar telah memberimu nasihat."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]



Julai 26, 2011

Kesesatan Sebetulnya




"Wahai saudaraku yang mulia, ketahuilah bahawa orang yang tersesat
bukanlah orang yang tidak tahu jalan baik di darat mahupun di padang sahara.
Namun yang sebetulnya tersesat adalah orang yang tidak mengetahui jalan petunjuk.
Allah berfirman, 'Ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah jalan tersebut!
Janganlah kamu ikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu
mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Begitulah Dia memberi wasiat
kepada kamu agar kamu bertaqwa.' (Surah Al-An'am [6]:153)"

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Julai 25, 2011

Sebenar-benar Cemburu






"Kamu dikira jahil jika cemburu pada isterimu
tetapi tak pernah cemburu pada imanmu sendiri.
Kamu cemburu pada isterimu kerana hawa nafsu dan syahwat,
sementara kamu tidak cemburu pada kalbumu kerana Tuhan.
Kalau kamu dapat menjaga apa yang menjadi hakmu,
mengapa kamu tidak menjaga apa yang menjadi hak Allah?"

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Julai 23, 2011

Dibaham Dunia






"Orang yang jahil adalah yang sentiasa memerhatikan dunia
dengan mengabaikan akhirat, serta rela terhadap kehidupan dunia
dan cenderung kepadanya. Ia sama seperti orang yang sedang
didatangi singa yang siap memangsa. Namun, tiba-tiba ada seekor
serangga menggigitnya. Ia pun kaget dan sibuk mencari serangga itu
sehingga lupa terhadap singa tadi. Tentu saja sang singa menyerang
dan membahamnya."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Julai 22, 2011

Batas Kejahilan






"Janganlah menganggap orang jahil sebatas orang
yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan belaka.
Namun, yang sebetulnya jahil adalah orang yang tidak mahu mentaati Allah
walaupun ia termasuk pemikir besar, atau salah satu cendekiawan ternama."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Julai 21, 2011

Tatapan Mata





"Janganlah kamu membuka tatapan mata kecuali untuk menambah ilmu dan hikmah."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]


Julai 20, 2011

Tiada Penyimpangan





"Jika hikmah para filsuf dan ilmu para ulama' serta pemahaman para fuqaha' digabungkan,
tidak akan menyimpang sehujung jari pun dari perkataan kalangan sufi."

[Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali]


April 26, 2011

Ujian & Anugerah






"Segala anugerah yang sesuai dengan
hawa nafsumu maka itu adalah ujian,
dan segala ujian yang menyalahi
hawa nafsumu itu adalah anugerah."

[Syeikh Al-Akbar Muhyiddin Ibn 'Arabi Qaddasallahu Sirrahu]