Julai 31, 2011
Genangan Rahmat di Lembah Tawadhu'
Julai 27, 2011
Pembimbing Sejati
"Siapa yang menunjukimu (menyandarkan cinta)
pada amal-amal syariat pasti ia melelahkanmu,
siapa yang menunjukimu (menyandarkan cinta)
pada dunia bererti ia menipumu,
sementara siapa yang menunjukimu (menyandarkan cinta)
pada Allah bererti benar-benar telah memberimu nasihat."
[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]
Julai 26, 2011
Kesesatan Sebetulnya
"Wahai saudaraku yang mulia, ketahuilah bahawa orang yang tersesat
bukanlah orang yang tidak tahu jalan baik di darat mahupun di padang sahara.
Namun yang sebetulnya tersesat adalah orang yang tidak mengetahui jalan petunjuk.
Allah berfirman, 'Ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah jalan tersebut!
Janganlah kamu ikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu
mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Begitulah Dia memberi wasiat
kepada kamu agar kamu bertaqwa.' (Surah Al-An'am [6]:153)"
[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]
Julai 25, 2011
Sebenar-benar Cemburu
"Kamu dikira jahil jika cemburu pada isterimu
tetapi tak pernah cemburu pada imanmu sendiri.
Kamu cemburu pada isterimu kerana hawa nafsu dan syahwat,
sementara kamu tidak cemburu pada kalbumu kerana Tuhan.
Kalau kamu dapat menjaga apa yang menjadi hakmu,
mengapa kamu tidak menjaga apa yang menjadi hak Allah?"
[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]
Julai 23, 2011
Dibaham Dunia
"Orang yang jahil adalah yang sentiasa memerhatikan dunia
dengan mengabaikan akhirat, serta rela terhadap kehidupan dunia
dan cenderung kepadanya. Ia sama seperti orang yang sedang
didatangi singa yang siap memangsa. Namun, tiba-tiba ada seekor
serangga menggigitnya. Ia pun kaget dan sibuk mencari serangga itu
sehingga lupa terhadap singa tadi. Tentu saja sang singa menyerang
dan membahamnya."
[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]
Julai 22, 2011
Batas Kejahilan
Namun, yang sebetulnya jahil adalah orang yang tidak mahu mentaati Allah
walaupun ia termasuk pemikir besar, atau salah satu cendekiawan ternama."
[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]