April 29, 2008

Siapakah Diri Ini?




Saya adalah seorang
daripada sekalian hamba~Nya,
lahir ke dunia
pada hari Jumaat, malam
13 Ramadhan 1408 Hijriyyah
dari rahim ibu tercinta,
dan kini bersiap untuk
memenuhi janji diri kepada~Nya.

Awalnya hidup bersalut jahil dan salah erti,
namun saat ini dengan izin~Nya
sudah mula mengumpul bekal ilmu dan amal
tuk sebuah pertemuan dengan~Nya
yang amat dinanti.

Untuk menghadapi saat itu,

hanya Cinta~Nya

yang menjadi pendorong hidup,
agar nurani tak berbelah bagi,
mencintai rasul~Nya,
mencintai ibu ayah,
mencintai sesiapa yang mencintai~Nya, dan
mencintai segala yang dicintai~Nya dan rasul~Nya jua..


Maka tulus hati ini menyeru,

"Di mana insan lain yang mampu memimpinku
moga tercapai cita-cita dan Cinta?


Apatah lagi berkongsi rasa
Cinta
dengan sepenuh jiwa,

dalam setiap saat nafasnya terhela,

setiap waktu hatinya tak pernah beku,
daripada mengingati~Nya
?"


Inilah saya,
apa yang saya dambai,
dan apa yang saya citai jua apa yang saya cintai.

Jujur, mudah-mudahan
tak berselindung nafsu lagi.

Ibnu Abas

290407


April 15, 2008

Cinta (xi)




Telah berkata Ibnul Qayyim rahimahullah, tentang cinta:


"Mahabbah (cinta) yang bermanfaat itu terbahagi tiga, iaitu:

Mahabbatullah (Cinta kepada Allah),

mahabbah fillah (cinta kerana Allah), dan

mahabbah (cinta) kepada segala sesuatu
yang menghampirkan diri untuk mentaati~Nya
dan menjauhkannya daripada larangan~Nya.


Sedangkan cinta yang membahayakan terbahagi menjadi tiga jua:

al-mahabbah ma' Allah
(mencintai sesuatu di samping mencintai Allah
- yakni menyama tarafkan antara Cinta kepada~Nya
dan cinta kepada makhluk),

mahabbah terhadap perkara yang dibenci Allah, dan

mahabbah yang menghilangkan Cinta kepada Allah atau menguranginya.



Cinta yang dialami manusia tak lepas dari 6 perkara di atas.

Mahabbatullah adalah sumber segala cinta,
merupakan dasar iman dan tauhid;
sementara dua mahabbah lainnya
adalah pendamping cinta ini.

Mahabbah terhadap sesuatu
di samping mencintai Allah
adalah sumber kemusyrikan dan cinta yang tercela.
Sementara dua mahabbah yang menurutinya
adalah penyerta cinta ini."


April 10, 2008

Yang Maha Sempurna, menyempurnakan..





Wanita yang sempurna imannya,
sahih amalnya jua indah akhlaknya..

Adalah laksana
mentari yang terbit di kala fajar,
ia memberi khabar gembira
kepada insan yang menanti kehadirannya..

kerana pada dirinya,
ada suluhan sinar nurani.




Ibnu Abas

Creative Commons License

April 09, 2008

Mengimbau derita nurani..

Ternukil dalam buku catatanku - tanpa tajuk.
Bertarikh 21 Mei 2006. Jam 5.50 petang.






Pada saat ini, biarlah hati ini
bicara sendiri:

Pejamkan pandangan duniawi sedetik
Luangi masamu di persinggahan ini, sejeda cuma
Tuluskan nawaitu dan kuatkan tautan hatimu, kepada~Nya
kerana hanya Dia tempatmu bersandar;
tika batini terasa terseksa,
pada saat nurani ingin menghambur sejuta rasa.

Mengapa diri yang selalu merintih,
tak pula menyedari bahawa Dialah
Pendamping paling setia,
Pengasih tanpa pernah berkira,
dan Pengurnia yang tak pernah lupa?

Maka jika nubari mula sedari
akan terpinggirnya diri dari rahmat~Nya,
jangan ragu untuk mengadu nasib,
juga merayu simpati akan kasih~Nya,
kerana Dia tak akan pernah berpaling,
pada saat diri terasa dikhianati,
dan tika hati mula bermuhasabah sendiri.


Ibnu Abas



Kata Buya Hamka..





Sahabat yang baik itu pernah mengirim kata Buya Hamka ini suatu masa dulu.
Kala diri menemukan awal langkah dan mukadimah perjalanan.
Terima kasih, kerana mengingatkan.


Kata Buya,

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia.
Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci.
Cuma tanahnyalah yang berlainan-lainan menerimanya.

Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,
tumbuhlah oleh kerana embun itu
kedurjanaan, kedustaan,
penipu, langkah serong
dan lain-lain perkara yang tercela.

Tetapi jika ia jatuh ke tanah yang subur,
di sana akan tumbuh

kesucian hati,
keikhlasan,
setia,
budi pekerti yang tinggi
dan lain-lain perangai yang terpuji.


Kini diri, sejauh perjalanan ini, sudah mulai mengerti.
Terima kasih, sahabat.






April 01, 2008

Tentang Wahabi





Siapakah Wahabi?
(Fahami benar-benar Wahabi yang dimaksudkan, sebelum meneruskan bacaan lanjut)
Kenali Salafi Wahabi Yang Ditolak Itu
Ciri-ciri Golongan Salafiyyah Wahhabiyyah



[-] Dari laman Sdra Tawel-Sensei
(santai tapi bermakna - sesuai sebagai permulaan):
Fitnah Wahabbi
Introduksi - Baca Ini Dahulu!
Bidaah dan Wahhabisma
Wahhabi 1 - Petikan Berita
Wahhabi 2 - Elakkan Membaca Hasil Tulisan Mereka
Wahhabi 3 - Sheikh Albani
Wahhabi 4 - Laman Web Bahaya & Sikap Suka Menyesatkan
Wahhabi 5 - Mengapa Ihya 'Ulumuddin Tetap Bertahan?
Wahhabi 6 - Mengapa Ihya 'Ulumuddin Tetap Bertahan? Bhgn II

Wahhabi 7 - Zaini Dahlan dan Bin Baz
Wahhabi 8 - Allah Tidak Berada di Langit
Wahhabi 9 - Ikut Dalil yang Sahih!


(perlukan kefahaman mendalam):

[-] Dari laman Ust Raja Ahmad Mukhlis
Siri Penolakan Terhadap Wahabi
(1): Siapakah Mereka...Sepintas Lalu
(2): Keliru Tentang Pertembungan Antara Wahabi dengan selainnya
(3): Mengenai Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab & Wahabi
(4): Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab dan Takfir?
(5): Wahabi Ditentang Kerana Membawa Perpecahan
(6): Pertuduhan-pertuduhan terhadap Wahabi
(7): Wahabi: Tafsid yang Disangka Tajdid
(8): Renungkanlah!
(9): Teguran Dari Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
(10): Kesimpulan

Gejala Bid'ah-Membid'ahkan dalam Perkara Khilafiyah: Natijah Kejahilan



[-] dari laman Ustaz Abu Zahrah

Siri Apa Kata Ulama kita Mengenai Wahabi [1-5]


[-] Selamat Tinggal Salafi dan Wahabi


Du'a penyusun:
Semoga Allah s.w.t. menyelamatkan manusia daripada ta'asub, buruk sangka, buruk akhlak, buruk perkataan, dan semoga Allah s.w.t. memulihkan umat Islam daripada perpecahan, dengan kebenaran iman, kefahaman ilmu dan kedalaman hikmah.
Amin.


Wallahu a'lam.