April 09, 2008

Mengimbau derita nurani..

Ternukil dalam buku catatanku - tanpa tajuk.
Bertarikh 21 Mei 2006. Jam 5.50 petang.






Pada saat ini, biarlah hati ini
bicara sendiri:

Pejamkan pandangan duniawi sedetik
Luangi masamu di persinggahan ini, sejeda cuma
Tuluskan nawaitu dan kuatkan tautan hatimu, kepada~Nya
kerana hanya Dia tempatmu bersandar;
tika batini terasa terseksa,
pada saat nurani ingin menghambur sejuta rasa.

Mengapa diri yang selalu merintih,
tak pula menyedari bahawa Dialah
Pendamping paling setia,
Pengasih tanpa pernah berkira,
dan Pengurnia yang tak pernah lupa?

Maka jika nubari mula sedari
akan terpinggirnya diri dari rahmat~Nya,
jangan ragu untuk mengadu nasib,
juga merayu simpati akan kasih~Nya,
kerana Dia tak akan pernah berpaling,
pada saat diri terasa dikhianati,
dan tika hati mula bermuhasabah sendiri.


Ibnu Abas



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mohon keizinan utk diletakan di site saye ye...insyaAllah..di linkkan ke sini...keasliannye msti dipelihara..

firusfansuri berkata...

syukran atas maklumannya. silakan, ya.