Februari 23, 2009

Al-Fatihah




"Apapun bersandar pada kehendak Allah, 
sementara kehendak Allah tidak bersandar pada apapun.


Singkatnya-perjalanan yang sesungguhnya adalah 
bila jarak dunia dilipat untukmu 
sehingga engkau dapat melihat 
akhirat lebih dekat kepadamu 
berbanding dirimu sendiri.


Tiada suatu nafas terhembus darimu, 
kecuali di situ takdir Tuhan berlaku padamu.

Allah menjadikan akhirat sebagai tempat 
untuk membalas para hamba-Nya yang beriman, 
kerana dunia ini tak dapat memuat sesuatu yang, 
kepada mereka hendak Dia berikan;
dan kerana kebaikan mereka terlalu tinggi 
bila harus dibalas di dunia yang tak berkekalan."

Ibnu 'Athaillah, al-Hikam
~~~
Hidup ini suatu perjalanan singkat, 
sesingkat tarik hembus nafas kita seiring detik masa yang tertakdir. 
Seseorang itu tidak dapat lari darinya. 
Hanya jika dia tidak mahu mengingininya, 
bukan alasan; tetap ia akan datang menemuinya.
Banyak sekali, jelas pernyataan janji-Nya adalah pasti. 
Di mana dan bila saja, itu atas kehendak-Nya, sekali lagi, ia pasti!
Dari Allah kita datang, kepada-Nya jua tempat kita kembali. 
Noktah.

Azmir Syazwan, rakan persekolahanku. 

Terukir pada Lembaran-Nya,
kembali ke hadirat Allah, 
pagi 26 Safar 1430 Hijriyyah - Ahad,  22 Februari 2009.
Segala rahmat dan keampunan-Nya, moga tercurah buatmu.

Ingatan di sini tertinta mengisi kalbu, 
du'a kami mengiringi, sendu.
Suatu masa, pasti kami menyusulmu.

In sya Allah,
bertemu lagi di sana..
di taman bahagia,
mudah-mudahan
jannah-Nya.
In sya Allah.

Al-Fatihah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Innalillaahi wa inna ilaihi roaji'uun..

Allahumaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu..

Semoga Allah swt mengampuni segala dosanya, diterima segala amal baiknya, dan di tempatkan di tempat terbaik di Jannah-Nya kelak..insya Allah...amin.