"Kesejahteraan" dan "kebahagiaan" itubukan dianya merujuk kepadasifat badani dan jasmani insan,bukan kepada diri hayawani sifat basyari;dan bukan pula diasuatu keadaan akal-fikri insanyang hanya dapat dinikmatidalam alam fikiran dan nazar-akali belaka.Kesejahteraan dan kebahagiaan itumerujuk kepada keyakinan diriakan Hakikat Terakhir yang Mutlakyang dicari-cari itu — yakni:keadaan diri yang yakin akan Hak Ta'ala— dan penunaian amalanyang dikerjakan oleh diri ituberdasarkan keyakinan itudan menuturi titah batinnya;dan keyakinan adalah suatu keadaan diriyang kekal berada dalam diri insandan yang merujuk pula kepada sesuatuyang kekal tentang diri insan itu— dan sesuatu yang kekaltentang diri insan itudikenalinya dengan nazarserta rasa batinnyasebagai suatualat hidup ruhaniyang digelar kalbu.Maka kesejahteraan dan kebahagiaan itu adalahkeyakinan yang kekal mesra menetap dalam kalbu insan;dia itu keamanan dan kedamaian dan ketenteraman kalbu;dia itu ilmu,dan ilmu itu keimanandan dalam keadaan beriman;dia itu juga ilmu yang memberi tahutentang tempat yang wajardan keadaan yang tepat,keadaan yang benardan betul bagi diri insandalam Rencana pelbagai martabatAlam Makhluk jelata;dan tempat yang wajarserta keadaan yang tepatdan benar dan betulbagi diri itu adalah tempat dan keadaanyang bernisbah kepada Khaliqnya:dia itu suatu keadaanyang dikenali sebagai 'adl — yakni :keadilan.[-] Prof S.M. Naquib al-Attas, Faham Agama dan Asas Akhlak (Kuala Lumpur: ABIM, 1977) ms. 48-49
April 19, 2009
Faham dan Ma'na Kebahagiaan
Label:
Mutiara 'Ariffin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
very nice blog~~~!
Do you know Seoul, Korea?
If not, please visit my blog~~
Have a great day!!
Thanks a lot!
salam ziarah dari bandung..nice blog..
Ya Shafiq, haikal ni junior saya kat cni..ahli IMAN jgk. =)
Salam ziarah buatmu saudara Haikal, selamat datang ke laman yang serba sederhana ini..
Catat Ulasan