"Barangsiapa hatinya Allah sinari dengan iman, makrifatnya menguat
dan kalbunya tersinari dengan cahaya keyakinan, sehingga hatinya lurus,
tenang, tenteram, kukuh dan kuat. Ia rela hatinya menjadi penguasa
dan pengendali setiap perbuatannya. Kalaupun musuh mengganggu
dengan 'dalih' rezeki dan mata pencarian, hatinya takkan pernah
bimbang dan ragu, sebab dia menyedari bahawa Allah Mahadekat
serta tidak mungkin lalai atau lupa. Dia pun sedar sepenuhnya bahawa
Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun, dan Maha Penyantun.
Allah s.w.t. Mahaadil dan tidak pernah berbuat zalim. Allah Mahagagah dan tak ada
yang dapat menghalangi Kehendak-Nya. Dia memberi, bukan diberi balasan.
Allah s.w.t. menciptakan sang hamba fakir dan papa; maka ia berusaha
berhubungan dengan Rabb sesuai dengan Kehendak Tuhan, bukan kehendaknya;
menurut cara yang diinginkan Tuhan, bukan yang diinginkannya;
dalam bentuk yang dikehendaki Tuhan, bukan yang dikehendakinya;
dan pada waktu yang ditentukan Tuhan, bukan yang ditentukannya."
[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan