Ogos 26, 2009

Kewajipan Bertaubat





Wahai hamba Allah sekalian, bertaubatlah kepada Allah sepanjang waktu dan ketika. Ini kerana Allah s.w.t. sendiri yang memerintahkan supaya kita bertaubat.

Sebagaimana firman-Nya kepada anda di dalam al-Qur'an,
"Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah,
wahai orang-orang mukmin,
mudah-mudahan kamu beruntung di kemudian hari."
[Surah an-Nur : 31]

Firman Allah Ta'ala lagi,
"Sesungguhnya Allah Ta'ala kasih akan
hamba-Nya yang banyak bertaubat
dan kasih akan hamba-hamba-Nya yang menyucikan diri."
[Surah al-Baqarah : 222]

Sabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesungguhnya aku diliputi atas hatiku dengan cahaya nur
dan sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah
dalam sehari, tujuh puluh kali."

Ketahuilah, jika hati Nabi s.a.w. sendiri diselubungi cahaya nur, memohon keampunan kepada Allah Ta'ala, tujuh puluh kali dan maha suci baginda daripada dosa; inikan pula keadaan seorang hamba yang hatinya ditutupi oleh kegelapan lantaran melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Oleh sebab itu, wajib si hamba itu segera bertaubat. []




Kitab Tajul Arus
Ibnu 'Athaillah as-Sakandari,

diterjemah Syeikh Othman al-Fantayaani


Tiada ulasan: