Wahai anakku,
Telah sampai kepadaku pertanyaanmu dan telah aku fahami isi hatimu. Kelihatannya engkau sangat mengambil berat dalam memikirkan nasib saudara-saudaramu. Engkau sangat inginkan keamanan, kesejahteraan, perpaduan dan kasih sayang wujud di mana-mana dalam dunia ini. Kerana engkau cenderung mengarah ke situ maka akan aku dedahkan kunci untuk membuka perpaduan ummah.
Anakku,
Semuanya bermula dari cinta ALLAH. Selagi umat ini belum cinta ALLAH, selagi itulah kalian membuang masa dan tenaga menyeru serta mengajak kepada perpaduan.
Cinta ALLAH adalah kunci segala-galanya.
Jika semua manusia cinta ALLAH, semua masalah akan selesai.
Manusia derhaka dan melakukan kemungkaran
kerana tidak cinta ALLAH.
Ahli maksiat mempertahankan budaya maksiatnya
kerana tidak cinta ALLAH.
Pemerintah tidak adil dan menzalimi rakyatnya
kerana tidak cinta ALLAH.
Para pentadbir khianat dan rasuah
kerana tidak cinta ALLAH.
Akhirnya, yakinlah pejuang-pejuang agama terkandas dalam perjuangan
kerana belum cinta ALLAH.
Apabila semua orang sudah tidak cinta ALLAH maka ruang-ruang hati diisi dengan cinta harta, kuasa, wanita dan seribu macam benda lagi.
Wujudnya bermacam-macam aliran dan mazhab cinta ini menyebabkan susahnya hati-hati itu disatukan.
Jika engkau mahu mereka bersatu padu, leburkan dulu aliran cinta yang seribu dan gantikan dengan cinta ALLAH yang satu. Di sinilah kunci pembuka jalan memecah kebuntuan.
Anakku,
Apa yang mahu aku sampaikan begini, seawal-awal agama itu adalah cinta ALLAH. Hakikat dan puncak mengenal ALLAH adalah cinta.
Kesan cinta itu berbeza dengan kesan atas rasa hormat, takut dan harap. Sikap hormat, takut dan harap jarang membuahkan pengorbanan sebaliknya kerana cinta manusia sanggup menyerahkan apa sahaja.
Kita sudah melihat kesan cinta kepada wanita, kuasa dan harta benda namun kini baru kita mendengar kesan dari cinta kepada ALLAH. Bagi orang yang bercinta, yang dicintai itulah segala-galanya dalam hidup. Kesan dan tindakan orang yang sedang mabuk cinta kadang kala seperti tidak dapat diterima oleh akal.
Cinta ALLAH itulah merupakan suis yang mesti dipetik untuk memulakan satu perubahan. Perubahan dan pengorbanan hanya mampu dilakukan oleh mereka yang sudah cinta ALLAH.
Cinta ALLAH ini perlu diisi memenuhi hati-hati manusia supaya mereka kembali kepada penciptanya. Rasul telah memenuhi hatinya dengan cinta ALLAH. Melimpah ruah pula cinta ALLAH itu memenuhi dada makhluk-makhluk lain. Siapa yang mencontohi segala gerak geri dan semua perbuatan baginda pasti mendapat sentuhan cinta ALLAH. Cinta Rasul kepada ALLAH seterusnya menembusi kepada umat-umatnya; itulah kesan cinta ALLAH.
Inilah rahsia mengapa baginda dapat menyatukan hati-hati manusia sejagat.
Anakku,
Engkau perlu mengajak semua manusia cinta ALLAH.
Jika engkau mengajak mereka kepada Islam, mereka akan terhenti setakat itu sahaja.
Bila engkau mengajak mereka kepada iman dan taqwa, mereka akan mentafsir seruanmu itu mengikut fahaman dan nilaian masing-masing.
Engkau mengajak mereka kepada syurga, mungkin ramai yang tidak percaya.
Kerana itu, anakku - ajaklah mereka kepada cinta ALLAH. Dari sini barulah bermula usaha memimpin dan mendidik mereka kepada penghayatan urusan-urusan agama.
Manusia ini, dapat kita bahagi kepada dua bahagian sahaja.
Satu golongan yang cinta ALLAH
dan satu golongan lagi yang cinta selain ALLAH.
Golongan yang cinta ALLAH ini sudah tentu akan berbuat apa saja demi apa yang dicintainya mengikut bidang dan kemampuan masing-masing. Oleh itu gunakanlah semua kelebihan dan kemudahan yang ada untuk menyeru dan mengajak manusia supaya cinta ALLAH. Mulakan dari dirimu, keluargamu dan sahabat-sahabat seperjuanganmu. Jika mereka menentangmu, tanyalah mereka apakah mereka tidak mahu cinta ALLAH? Jika mereka mencari helah mengatakan cinta itu ada di hati, maka katakanlah kepada mereka, cinta itu memang di hati - tetapi cinta itu pasti ada tanda dan buktinya.
Apakah bukti kamu cinta ALLAH?
Selagi hati-hati manusia tidak diisi dengan cinta ALLAH, selagi itulah perjalanan di dunia ini akan menjadi payah.
Semoga curahan hatiku ini sampai pula ke dalam hatimu wahai anakku, dan marilah kita penuhi hati kita dengan limpahan cinta ALLAH.
Moga-moga limpahan cinta ALLAH dari hati kita ini dapat pula mengalir ke dalam hati dan mengisi hati makhluk-makhluk langit dan bumi.
Anakku,
Engkau minta aku menghurai apa yang menjadi samar-samar di hatimu supaya lebih jelas.
Mari perhatikan ayat al-Quran, diikuti hadis, di bawah ini :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): 'Jika benar-benar mencintai ALLAH - ikutilah aku, nescaya ALLAH Mengasihi dan Mengampuni dosa-dosamu. ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang.'”
“Barang siapa yang terdapat padanya tiga perkara, dia akan merasa kemanisan iman; iaitu mencintai ALLAH dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada orang lain, cinta kepada manusia kerana ALLAH semata-mata dan membenci untuk kembali kepada maksiat seperti bencinya seseorang terhadap api neraka. Sesungguhnya cinta kepada dunia adalah punca segala dosa dan kejahatan.”
Anakku,
Untuk mengikat dua golongan yang cinta ALLAH dan cinta dunia ini bukanlah satu perkara mudah, umpama mustahilnya untuk melihat siang bercantum dengan malam.
Bila engkau menyeru mereka cinta ALLAH, dalam masa yang sama engkau menghalau cinta dunia dari hati-hati mereka. Selagi cinta dunia bertapak kukuh di dalam hati manusia selagi itulah cinta ALLAH sukar menembusi hati-hati mereka. Mengajak manusia kepada cinta ALLAH bererti engkau mengajak mereka kepada iman, Islam dan ihsan. Panggilanmu kepada iman, Islam dan ihsan itu akan menjadi tawar dan hambar selagi hatimu dan hati insan yang diseru penuh dengan cinta dunia.
Bagi insan yang cinta dunia, iman itu sesuatu yang abstrak. Bagi pencinta dunia amalan dalam Islam sangat membebankan. Bagi pencinta dunia, sifat ihsan itu umpama mitos dan khayalan. Mereka yang yang sudah kenal ALLAH dan Rasul pada akal fikiran belum tentu baik dan beres keimanan, keislaman dan ihsan mereka; selagi cinta dunia menguasai hati mereka.
Tapi bagi insan yang telah ada walau secebis cinta ALLAH di hatinya, ia akan mampu mengorbankan segala-galanya untuk iman, Islam dan ihsan. Kerana itulah aku katakan:
Cinta ALLAH itu merupakan titik awal dalam membuat sesuatu perubahan.
Anakku,
Cubalah kita lihat bagaimana kesan cinta ini.
Pencinta material berkorban masa, usia dan tenaga memburu harta yang menjadi idaman hingga sanggup menggadai nyawa.
Pencinta jenayah tetap dengan jenayahnya walau telah diancam dengan berbagai hukuman.
Penagih dadah dan pencandu rokok akan tetap memenuhi hati mereka dengan keinginan tersebut walau pun benda-benda tersebut merosakkan kesihatan dan membawa kepada kebinasaan.
Mereka sudah menjadi hamba suruhan dunia.
Cinta dunia telah menutupi dan menghijab segala-galanya. Mereka telah menjadi hamba dunia. Menyeru golongan ini kepada kebenaran tentulah agak sulit kerana hati mereka belum merdeka dari jajahan cinta dunia.
Tiada sesuatu pun yang dapat menembusi hati mereka kecuali cinta ALLAH. Kerana itulah aku tegaskan sekali lagi, hanya cinta ALLAH punca berlakunya perubahan kepada manusia sejagat.
Anakku,
Cinta kerana ada kepentingan sesuatu adalah perkara biasa.
Ahli maksiat cinta kepada maksiat
kerana mendapat keseronokan lahiriah yang bersifat sementara.
Suami isteri saling menyintai kerana saling menerima dan memberi.
Anak-anak menyintai ibu bapa kerana terhutang budi.
Cinta seperti ini adalah lumrah dan dianggap biasa.
Sebaliknya cinta yang tiada apa-apa kepentingan inilah yang sangat dikagumi.
Cinta kepada orang yang memusuhi merupakan cinta murni yang bersumber dari cinta ILAHI.
Cinta kepada perkara yang merugikan dan mengorbankan diri ini cinta yang luar biasa.
Rasul mampu menghadapi ragam manusia
justeru hatinya penuh dengan cinta ALLAH.
Hartawan hanya mampu mengorbankan harta
jika hatinya sudah dipenuhi cinta ALLAH.
Pemimpin akan berlaku adil
seandainya hatinya telah ada cinta ALLAH.
Ulama dan mujahid akan berjuang habis-habisan
kerana hati mereka hanya ada cinta ALLAH.
Fakir miskin redha dan sabar atas apa yang menimpa
berkat cinta ALLAH.
Penderhaka-penderhaka akan boleh taat
jika hati mereka diasak dengan cinta ALLAH.
Bila manusia berebut-rebut dan berlumba-lumba memburu cinta ALLAH maka wujudlah kedamaian, keamanan dan kasih sayang sejagat.
Bila hati sudah dipenuhi cinta ALLAH, manusia akan berfikir, berusaha dan berkorban dengan kemampuan dan kelebihan yang ada untuk membahagiakan orang lain.
Inilah kesan dan hebatnya cinta ALLAH.
Anakku,
Iman dan taqwa yang selalu dilaung-laungkan itu hakikat dan inti pati sebenarnya adalah cinta ALLAH.
Mengajak kepada iman dan Islam itu kurang berkesan di hati. Tetapi jika mengajak cinta ALLAH kesannya sangat mendalam. Kerana itu tukarlah ajakan dan seruanmu itu kepada cinta ALLAH terlebih dahulu supaya hati manusia lebih sensitif dan menyedari hakikat hidup ini. Bila mengajak mereka kepada cinta ALLAH ertinya kau ajak mereka mengikut landasan al-Quran dan sunnah.
Tugas seterusnya cuma membimbing dan memimpin mereka kepada kebenaran dengan cinta ALLAH di hati. Bila cinta ALLAH ini terus disubur dan dijaga segala rintangan dalam perjalanan menuju ALLAH akan terasa ringan dan mudah.
Kerana ALLAH itu sumber tenaga, harapan, cita-cita dan sebagainya.
Anakku,
Kau bertanya bagaimana mahu mewujudkan cinta ALLAH di hati. Ketahuilah anakku, cinta itu tidak akan wujud secara tiba-tiba atau boleh dipaksa-paksa.
Telitilah tamsilanku ini.
Cinta ALLAH merupakan pohon yang tumbuh secara beransur-ansur di dalam hati insan yang menyemainya. Ia perlu dibaja dan dibela. Tanah untuk menanam benih cinta itulah hati. Ia akan menghasilkan pohon yang rendang dan menghasilkan buah-buah lazat yang dapat dinikmati oleh makhluk yang sudi singgah kepadanya. Ia akan terus rendang, dan tidak pernah pupus kerana benih cinta ALLAH akan terus wujud hingga bila-bila masa.
Anakku,
Sumber dan benih cinta ALLAH itu ada dalam al-Quran.
Jika mampu galilah. Benih itu berasal dari Nabimu. Ia harus kau petik untuk mendapatkan benihnya.
Pohon cinta Rasulmu itu tidak akan pernah mati malah ia akan terus mengeluarkan buahnya setiap detik dan musim melalui suri teladan dalam dirinya serta sunnah yang ditinggalkannya.
Semakin banyak sunnahnya kau teladani, semakin subur rimbunlah cinta ALLAH dalam jiwamu.
Ia juga akan turut dirasai oleh orang yang memandang kepadamu apatah lagi jika dapat mendengar darimu atau dapat bersama-sama duduk denganmu. Kerana akhlak yang kau lahirkan berkat dari sunnah nabimu melahirkan akhlak yang sangat cantik dan sempurna.
Benih cinta ALLAH yang kau semai dalam hatimu itu akan dipenuhi lalang-lalang mazmumah. Ia perlu kau bersihkan dengan sungguh-sungguh dan penuh istiqamah dan mujahadah. Zikrullah merupakan racun terbaik untuk membunuh semak samun mazmumah yang bersarang di hatimu itu. Selawat itulah baja yang mencepatkan tubuh suburnya pohon cinta ALLAH.
Oleh kerana mazmumah ini ada bermacam-macam jenis maka pelbagaikanlah zikirmu (menurut tahapan nafsumu) juga supaya engkau tidak mudah bosan. Kerana itu fahamilah, wujud macam-macam thariqat (jalan) sufi, semuanya menuju kepada Satu iaitu cinta ALLAH.
Cintailah ALLAH, dan ajaklah siapapun, mencintai-Nya. Moga mereka dipertemu pembimbing diri yang sebenarnya, sang Mursyid sejati. Insya Allah.

1 ulasan:
Subahanallah.
Sahabat, jazakallahu khairon kathira atas perkongsian Cinta Allah.
Semoga ia bermanfaat buat umat.
Salam atas nama cinta~
Catat Ulasan