September 20, 2009

Langit & Hamparan Lebaran







Langit lebaran telah dibentangkan
bumi lebaran telah dihamparkan
berdoalah moga hati ini, seluas langit dan bumi
cukup untuk menampung dan mengampuni
semua tindakan padanya yang menyakiti

Seiring terbitnya mentari pagi
mohon diri sudi diampuni
dosa-dosanya yang telah mengotori
hubungan Ilahi, hubungan insani selama ini



Semoga segala amal perbuatan
selama bulan Ramadhan
diletakkan di sisi-Nya Yang Mengabulkan.


Hidup selepas Ramadhan, kiranya diberi lanjutan
adalah medan pembuktian & pengujian
cintanya pada Tuhan sekadar khayalan
atau cinta sebenar-benar orang beriman
dari amal-amalan selama sebulan.


Semoga setelah meniti pergi, hari lebaran
makin teguh menempuh jalan kebenaran.

Mereka yang tercerahkan, meneruskan pencarian
bermula dari jalan kebenaran, lewat Al Quran
tak berhenti pada mana-mana singgahan,
langkahannya berterusan dan diteruskan
hingga meraih sebenar-benar kebahagiaan,
meraih keredhaan, kecintaan
menghadap Wajah-Nya yang berkekalan
di mana saja ia lemparkan pandangan.


menggubah asal kata dari laman


______

Selamat Hari Raya 'Aidilfitri buat semua.
Mohon maaf atas segalanya,
semuanya, zahir dan batin.

TaqabbalaLlahu minna wa minkum:
"Semoga Allah menerima
amal diri dan amal semuanya".

Minal 'Aidin wal-Faizin:
"Semoga kita semua tergolong
mereka yang kembali (kepada
fitrah)
dan berhasil (dalam latihan menahan diri)".


1 ulasan:

Cahaya~ berkata...

Salam Idulfitri :)