November 22, 2009

Dari Semesta ke Hujung Semesta







Kilau mata, memandang cahaya
sinar seluruh tubuh dan jiwa
dari semesta ke hujung semesta


Desir angin, berpuput ke mari
tak kasat di mata, hadirnya pasti
nyaman di kulit berhujung ke isi


Deru air, hulu ke muara
perjalanan panjang menuju samudera
berkelok-kelok tapi pasti tujunya


Lahan menanam subur tapaknya
sekali disemi membibit sentosa
terbit sendiri pucuk bahagia.


Asalnya tiada dihadirkan ada
baik tak tercerap atau terindera
awalan akhiran sudah tertinta
Cinta, mendasari semua.


~~~


Ibnu Abas
1.32ptg
071109


2 ulasan:

Nadia Izzaty Mohd Yazid berkata...

Iya, Cinta mendasari semua.
Shadaqta, Ya Mohd Shafiq.

=].

mohd shafiq abas berkata...

Shadaqti..
Ya Nadia 'Izzaty.

:]