November 19, 2009

Pantulan Kalbuku, Cerminan Kalbumu





Lingkaran zarah-zarah cahaya,
menembus sudut-sudut
dahulu terhuni kegelapan


jernih jaluran air,
menderam deras
tidak putus tertebas


tetap dirian gunung,
sunyi tidak melangkah
berdiam tetap tanpa bantah


awan mengapas ringan,
putih dan kelabu gulungan
pantas menyusur laluan


pucuk segar membelah bumi,
kelmarin lena di dasar tanah
pagi senyum menatap mentari


dari semua ayat-Nya,
apa sudah
tercermin di kalbuku,
memantul ke kalbumu?


~~~

Ibnu Abas
7.59 mlm
051109


5 ulasan:

Nur berkata...

Salam Dik Syafiq,

Mohon maafffffffffffffffff sgt2 kerana mencuplik ayat2 adik tanpa kebenaran, malahan menjadikan ia sebagai banner akak...i like the words so much, and i forgot to even ask u first...deeply sorry dik...

dan kamu ini, sehat kah?

firusfansuri berkata...

Wa'alaikumussalam wr wb,
Kak Fakhzan.


Semuanya baik2, alhamdulillah, akak. Sihat wal 'afiat, alhamdulillah.

Tak apa, kak. Bukan suatu yang mengundang keburukan, malah memberi kebahagiaan. Terima kasih, sebenarnya.


Apapun, segala yang baik itu milik Yang Maha Indah, dan diri hakikinya tak punya apa-apa.

Dalam tempoh masa hidup yang singkat dan sering terkejarkan tujuan yang tampak di mata, keindahan-Nya mudah sekali terabaikan, kerana dimudah-mudahkan.

Sekadar ingin mengingatkan, kerana dari pengabaian ayat-ayat-Nya, diri terdorong lagi melalaikan-Nya..

lalu ditempuh upaya merenung ayat-Nya dengan sejernih hati (dengan izin-Nya jua), lantas berusaha memantulkan kejernihan sekadar terdaya, walau dalam paduan aksara semata.


Dalam pada itu, cinta yang dikurnia-Nya atas diri untuk si dia, yang tercinta - juga mengilhami hadirnya kata-kata. Makin mendalam, malah. Makin membumi, ke dasar hati. Cinta ini.


Hujungnya, kak - terima kasih, kerana merai kehadirannya.

:)

Nur berkata...

Salam Adik Shafiq yang dimuliakan,

Ah, bilakah majlisnya? Kalau 2 tahun lagi insyaAllah akak dapat hadir, kalau tidak, akan ku kirim kan sahaja du'a. Hadiahnya, mahu bertentang mata dengan permaisuri hatimu, barulah best memberi hadiah..:D

Akak doakan cinta kalian adalah kerana Allah swt, dan moga2 ia melorongkan salah satu jalan ke syurga. Doakan akak pula disini.

Kata-kata entri adik selalu sahaja meruntun hati akak, dan memberi kekuatan kepada diri untuk sentiasa, sentiasa berpaut kepada Malikul Amlak itu. Kerana akak ini jua tiada apa2. Dan semoga dengan kekuatan hati ini, akak jua mampu memberi cahaya kepada mereka-mereka yang lain, dan semoga pahala ini tidak putus2 seperti air Sungai Seine.

Owh, syukran for the poem, ya, akak mahu sekali buku itu. Cinta Bagai Anggur, pasti enak mengulitinya sambil melihat air hujan menuruni tingkap ini.

Moga kita sentiasa dijalan-Nya. InsyaAllah.

Syukran sekali lagi, teruskan perjuangan dan jihad adik.

:D

firusfansuri berkata...

Salam kembali, Kak Fakhzan..

Majlisnya? In sya Allah,
dalam 2 tahun lagi, rancangnya.
Tepat pula dengan permintaan akak. ;)

Moga dapat akak bertatap muka dengannya, nanti.
Mungkin sementara ini, cuma menatap gambar dahulu. ;)

Kala itu, akak: hadiahilah dia, yang terutama-utamanya.
Bahagia baginya, adalah bahagia diri ini jua. :)

Dan, syukran jiddan atas du'amu, akak.
Moga Allah melebih-lebihkan
lagi kebaikan-Nya buat akak. Amiin.
:)


Murahkanlah hati, saling kita
menebarkan du'a; semoga Allah
dengan Maha Pemurah-Nya memudahkan
Cinta-Nya mengisi hati kita dan
mereka yang di sekeliling kita.


Sama-sama bersandar pada Yang
Kekal, kerana kemuliaan
Yang Maha Mulia itu kekal pada-Nya.

Moga kesempurnaan-Nya menggantikan
kelemahan kita, kehendak-Nya dijalani kehendak kita.


Terus berjuang, moga Allah
sampaikan pada-Nya. Kedekatan-Nya.
Cinta-Nya, dalam semua.

In sya Allah.


:)

Nadia Izzaty berkata...

Alhamdulillah..
Alhamdulillah...
Alhamdulillah.

=].

p/s : awak, dah jumpa. ;].