Februari 25, 2010

Kekasih Kita S.A.W. (2) : Kelahiran Baginda





Maka ‘Arasy bergegar kerana merasa gembira

Kursi yang amat hebat itu pula
menjadi semakin hebat dan ceria,

Dan tujuh petala langit dipenuhi cahaya,

Sedangkan suara para malaikat bergemuruh
mengucapkan Tahlil, Tahmid, dan Istighfar

(Maha Suci Allah, dan segala Puji bagi Allah,
dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar)

Ibundanya sentiasa melihat pelbagai mimpi
dan tanda kemegahan serta keutamaan bayi dalam rahimnya itu

Sehinggalah usia kandungannya cukup sempurna

Lalu ketika merasakan dirinya akan melahirkan

Dengan izin Tuhan segala makhluk

Maka beliau pun melahirkan Al-Habib (s.a.w.)
dalam keadaan bersujud syukur, dan memuji Allah,
begitu indah laksana bulan purnama yang sempurna.


Maulid Ad-Daiba’ie,
Al-Hafiz Wajihuddin Abu 'Abdillah Abdul Rahman ad-Daiba'ie
'Menyebut tentang Keagungan
Kelahiran Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam'


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allahumma sholli wasallim wabaarik 'alaihi wa 'alaa aalih

firusfansuri berkata...

Allahumma sholli wasallim wabaarik 'alaihi, wa 'alaa aalih.