Februari 25, 2010

Kekasih Kita S.A.W (3) : Alangkah Indah Permulaan & Penghujungnya





Kelahiran Sang Nabi
Menampakkan Kesucian Diri
Alangkah Indah Permulaannya
Juga Indah Penghujungnya


Hari Kelahiran Baginda
Saat Ada Firasat Bangsa Persia
Bahawa Ada Peringatan Kepada Mereka
Datangnya Bencana Dan Seksa


Saat Menjelang Malam Tiba
Istana Kisra Hancur Terbelah
Sebagaimana Kumpulan Sahabat Kisra
Tiada Menyatu Terpecah Belah


Api Sesembahan Padam
Kerana Duka Yang Mencekam
Sungai Furat Tak Mengalir Muram
Kerana Susah Yang Amat Dalam


Penduduk Negeri Resah Duka
Saat Danaunya Kering Keronta
Pengambil Air Kembali Dengan Tangan Hampa
Kecewa Ketika Terjerat Rasa Dahaga


Seakan Akan Pada Api Nan Membara
Terdapat Cairan Air Kerana Duka
Dan Pada Air Nan Sejuk Segar
Terdapat Api Yang Membakar


Para Jin Menjerit Suara
Cahaya Membumbung Ke Angkasa
Kebenaran Tampak Nyata
Dari Makna Mahupun Kata


Mereka Buta Dan Tuli Tak Mendengar
Hingga Khabar Gembira Tiada Didengar
Begitu Juga Kilatan Peringatan
Sama Sekali Tak Terhiraukan


Para Ahli Nujum Mereka
Telah Khabarkan Berita
Bahawa Agama Mereka
Bengkok Tak Bertahan Lama


Setelah Mereka Menyaksikan
Bintang–bintang Di Ufuk Berjatuhan
Bersamaan Di Bumi Ada Kejadian
Berhala-berhala Runtuh Bergelimpangan


Hingga Lenyap Syaitan Berlari
Dari Pintu Langit Jalan Wahyu Ilahi
Mereka Lari Mengikuti
Syaitan Nan Berlari Tak Henti


Seakan–akan Syaitan Yang Berlari Duka
Laksana Perajurit Raja Abrahah
Atau Laksana Kumpulan Tentara
Terlempari Kerikil Tangan Rasulullah


Batu Yang Nabi Lemparkan
Setelah Bertasbih Dalam Genggaman
Bak Terlemparnya Nabi Yunus
Dari Telanan Perut Ikan Paus



Petikan bait-bait syair
Kitab Burdah,
Al-Imam Al-Bushiri


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allahumma sholli wasallim wabaarik 'alaihi wa 'alaa aalih

firusfansuri berkata...

Allahumma sholli wasallim wabaarik 'alaihi, wa 'alaa aalih.