November 06, 2010

Damai Dalam Peristiwa





"Apapun yang menimpa, baik kesusahan mahupun kemudahan, kekacauan
mahupun kedamaian, kehinaan mahupun kemuliaan, musibah mahupun anugerah,
tidak mampu membakar hati mereka. Mereka menyedari bahawa semua yang terjadi -
kejadian saat ini, misalnya - telah ditetapkan dalam Lauh Mahfuz dan merupakan
takdir Allah.

Mereka tidak menyikapi segala sesuatu secara emosional
apalagi dalam kendali hawa nafsu. Mereka hadapi segala sesuatu
dengan ceria, sehingga jiwa mereka damai dan wajah mereka
selalu menampakkan aura kebahagiaan. Merekalah orang-orang yang
redha dan sabar.

Jadi, kecemasan seseorang dalam menghadapi peristiwa hidup
menandakan bahawa hawa nafsu telah mendominasi jiwanya, sehingga
keyakinannya melemah. Ia tidak mampu menangkap ketentuan yang telah
Allah gariskan dan tidak bisa merasakan kasih sayang-Nya. Akibatnya,
ketentuan dan kehendak yang telah Allah tetapkan tidak disambutnya
dengan ceria, padahal keceriaanlah yang menghilangkan kepahitan
dalam jiwa, sebagaimana madu atau gula menghilangkan pahitnya ubat."

[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]


Tiada ulasan: