"Katakanlah,
'Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, hendaknya dengan
itulah mereka bergembira. (Kurniaan Allah dan rahmat-Nya) itu lebih baik
daripada apa yang mereka kumpulkan.'
(Surah Yunus (10) : 58)
Ia tak pernah menyalahkan Allah atas segala musibah. Hatinya tak pernah
berprasangka buruk kepada Allah. Ia tahu benar bahawa Allah Maha Pemaaf,
Maha Pengasih, Mahahalus, Maha Terpuji, Mahaluhur, Maha Esa, Mahakekal,
Maha Berdiri Sendiri, Maha Mencukupi, Maha Melindungi, Mahadermawan,
Mahamulia, Maha Penyayang, Maha Pemberi, Mahahidup dan tak pernah mati,
Mahalembut kepada hamba-Nya, Maha Berterima kasih, Maha Pengampun,
Mahabijaksana, Maha Penyantun, Maha Membalas kebaikan dengan kebaikan,
Maha Baik, dan Maha Penganugerah.
Anugerah-Nya begitu luas, kebaikan-Nya begitu abadi, dan keagungan-Nya
begitu nyata."
[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan