Mac 09, 2008
Melangit Diri Dalam Perjuangan!
[1]
Perubahan.
Selepas ini?
Kerja Tuhan siapa tahu,
seperti selalunya,
penuh rahsia, Dia
menjalin masa
dalam kehalusan~Nya,
menyulam kisah
dengan kebijaksanaan~Nya.
siapa kita
untuk menelah
Rancangan Agung~Nya?
Ya Ilahi, pimpinlah..
****
Ibnu Abas
090308
0509
[2]
Langit, mendengar dan mengabulkan
Du'a yang terpanjatkan
Insan menadah luas
Rahmat~Nya yang tercurahkan
Syukurku
takkan pernah cukup
terungkap,
sebanyak manapun,
ya Ilahi
Rayuku
cerahkan jendela matahati
bekalkan kekuatan hakiki
atasi kelemahan diri,
leburkanlah dosa-dosa kami
selama ini
Pintaku,
teduhkan kami, lindungi
dari jahil, buta dan tak peduli
biar Cahaya~Mu
sahaja menerangi
Tunjukkan kami
jalan penuh hikmah,
lorong terjanji keredhaan
terjauh dari kemurkaan
Membumi kami
dalam kemenangan.
Melangit diri
dalam perjuangan!
****
Ibnu Abas
090308
1035
foto
**Keputusan penuh PRU, lihat sini.
Label:
Peduli Dunia,
Peribadi,
Susastera
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
teruskan perjuangan dan jangan leka.
Tiada daya upaya melainkan atas izin Allah Yang Maha Agung...
Salam ziarah dan silaturrahim saudara Ibnu Abbas :)
Wassalam
Fakhrurrozy at Sebuah Perenungan
La haula wala quwwata billahil 'aliyyil adzim.
Semuanya atas kehendak~Nya jua.
Jemputlah berziarah lagi.
Senang bersilaturrahmi dengan Mas Fakhurrozy!
=)
saudara Hazim,
sependapat dengan saudara.
perjuangan adalah suatu penerusan
usaha sebelumnya, dan
kelekaan jadi penghadang.
Catat Ulasan