Assalamu'alaikum warahmatullahi
wabarakatuh
Salam, duhai saudaraku...
Pernah kudengar kata-kata ini:
"Sulitnya hidup,
bukannya kerana
tiada orang yang
dapat memahami diri ini.
Yang menyebabkan kesulitan,
sebenarnya adalah apabila
aku tak dapat memahami
diriku sendiri."
Duhai,
fahami masalah diri yang hakiki,
jangan ungkitkan kejahatanmu,
di hadapan manusia yang
membencimu, kerana
mereka
akan terus membiarkanmu
di lorong gelap itu.
Rintihlah pada
yang Maha Mengasihi,
hanya pada-Nya;
mintalah belas kasih
moga disirami hidayah
agar membenih kebaikan nuranimu
meski mulanya hanya sebutir cuma.
Jagailah ia,
sebaik-baiknya
biar pohon kebajikan itu
tumbuh mekar
mengatasi dan melenyapkan
rimbunan belukar dosa
yang menyesakkan jiwa.
Bersabarlah, duhai teman
fahami bicara Saidina Ali Karamallahu Wajhah:
"Tiada apa-apa kebaikan di dunia ini
selain dari salah satu dari 2 orang ini:
Seorang yang melakukan dosa,
lalu dia segera kembali kepada Allah
dengan bertaubat.
Seorang lagi;
adalah dia yang suka
menyegerakan perbuatan baik."
Saudaraku,
walau dirimu sering
dikecewakan manusia,
namun jangan,
jangan sesekali
berpatah hati
berputus harapan kepada-Nya.
Saudara,
Jangan pernah jemu
meminta akan belas kasih-Nya,
kerana ia tak terbanding dengan kasih manusia.
Telah diumpamakan,
'Hidayah itu seperti cahaya,
ia tak menyapa kamar
yang tak dibuka jendelanya.'
Bukalah jendela hatimu,
lapangkan kamar jiwamu
sediakan ruang untuk cahaya-Nya
menerobos masuk.
Cahaya kurniaan-Nya,
hanya untuk jiwa yang dipilih-Nya sahaja.
Doakan agar Dia memilih jiwamu jua.
Dia akan memberi pada yang mencari.
Ya, asalkan diri terus sabar mencari,
pasti suatu masa Dia akan memberi.
'Tiada suatu musibah pun
yang menimpa seseorang
kecuali dengan izin ALLAH,
dan sesiapa yang beriman
kepada ALLAH,
maka Dia,
akan memberi petunjuk
ke dalam hatinya...'
(at-Taghabun : 11)
Salam cinta dariku..
Demi Allah,
aku mencintai sisi baikmu,
dan membenci selainnya..
duhai
teman seiman,
sahabat seakidah..
Assalamu'alaikum warahamatullahi
wabarakatuh.
Saudaramu,
Ibnu Abas
____
foto
1 ulasan:
sungguh indah tersentuh hati membacenye
Catat Ulasan