Ogos 31, 2008

Du'a-du'a Ramadhan (1)


Ya Allah,
jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan ampunilah aku; wahai Tuhan Maha Pengampun, daripada segala dosa.


Ya Allah,

dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih.


Ya Allah,
limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagianku daripada kebaikan yang kau turunkan, demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.


Ya Allah,

berilah kekuatan kepadaku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.


Ya Allah,

tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih.


Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.

Cinta (xii)

Risalah Mahabbah: Kalau Bukan Kerana Cinta...

oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis


Kalau bukan kerana cinta, masakan dunia wujud daripada tiada. Kalau bukan kerana rindu, masakan manusia menyahut seru. Manusia dan kehidupan, punya makna dan penghayatan. Itulah antara hakikat yang tidak dapat dinafikan.

Allah s.w.t. menciptakan seluruh alam ini, dek kerana kasihNya kepada makhluk-makhlukNya. Allah s.w.t. memberi kemudahan kepada manusia dalam lapangan kehidupan mereka, agar kehambaan mereka mudah terlaksana. Penghulu makhluk yang paling dicintaiNya adalah Saidina Rasulullah s.a.w., penghulu para perindu. Nilai cinta Allah, ada dalam diri setiap zarrah.


Namun, bagi yang terus lalai, dirinya itulah sendiri yang tiada nilai. Bagi yang terus mendustai kebenaran, dirinya itulah sendiri yang menuju kemusnahan. Allah s.w.t. menganugerahkan kepada manusia akal dan fikiran, supaya mereka berfikir dalam mencari kebenaran. Kebenaran itu lebih dekat dengan dirinya daripada dirinya sendiri.

Kebenaran abadi adalah, di sebalik setiap gerak diam setiap kewujudan, ada yang Maha Pentadbir yang menggerakkan dan mentadbir setiap urusan. Seseorang yang dahaga, lalu meminum air dari telaga, tanpa menyaksikan di sebaliknya ada yang Maha Pencipta, nescaya dia kan terus terleka dengan keakuan dirinya.


Tetapi, bagi mereka yang menyaksikan diri sentiasa dengan Allah s.w.t. dalam setiap gerak dan tindakan, pasti mereka mengerti akan hakikat kewujudan. Pabila dia dahaga, dia tahu, bukan dialah yang akan menghilangkan dahaga tersebut. Dia juga tahu, bukan airlah yang menghilangkan dahaga tersebut. Tetapi, ALLAH lah yang terus menerus memberi nikmat imdad dan bantuan kepadanya, bahkan kepada setiap insan terus hidup. Dia faham, kalau bukan Allah s.w.t. yang menciptakan air, maka dia juga tidak dapat minum untuk hilangkan dahaga.

Kalaulah di sana ada air, tetapi Allah s.w.t. tidak memberi keupayaan dalam dirinya untuk bergerak, seperti lumpuh dan sebagainya, maka dia juga tidak dapat mengambil manfaat daripada air tersebut kerana tidak mampu bergerak untuk mengambil air. Kalaulah ada air dan kekuatan, tetapi air tersebut diciptakan oleh Allah sebagai air yang tidak menghilangkan dahaga, seperti air laut, maka nescaya dia juga tidak dapat menghilangkan dahaga walaupun ada kekuatan dan ada air. Maka, hakikat ini akan membawa seseorang kepada menghayati di sana adanya ALLAH… ALLAH… ALLAH… di sebalik setiap yang wujud.





Hidup ini berkaitan dengan mencari erti. Hidup ini berkaitan dengan memberi bakti. Itulah risalah ketuhanan dalam makna kehambaan dan khilafah. Dengan kehambaan, seseorang perlu terus mencari erti hubungannya dengan Tuhannya, lalu menunaikan makna kehambaannya kepada Tuhannya, sehinggalah mencapai keredhaan dari Tuhannya.

Dengan peranan sebagai khilafah, seseorang perlu berinteraksi dengan alam sekeliling secara adil, dalam rangka untuk menunaikan tugas kehambaannya kepada Tuhannya. Dia perlu menjaga alam ini, memakmurkan alam ini dan menjadikan alam ini sebagai tempat untuk menunaikan kehambaan makhluk kepada Tuhan Maha Pencipta.

Dalam diri manusia yang berperanan itu juga, ada peranan cinta Allah s.w.t. dalam menterjemahkan hakikat ketuhananNya melalui kelembutanNya yang abadi. Dalam setiap ketentuanNya, melalui pandangan kebersamaan Allah, seseorang akan melihat akan kelembutanNya (lutf). Dalam pentadbiran kewujudan makhlukNya, melalui hati yang dipenuhi cahaya ihsan, seseorang akan menghayati kebijaksanaanNya (hikmah).

Allah s.w.t. itu lebih dekat kepada makhlukNya berbanding makhlukNya kepada diri mereka sendiri, kerana tanpaNya, tiadalah makhluk itu sendiri. Keakuan makhluk hanya terzahir di pandangan waham makhluk tersebut tatkala hijab melingkari hati daripada menyaksikan keagungan Allah s.w.t. dan ketuhananNya di sebalik yang wujud. Bukalah mata, dan saksikanlah cinta…




Islam mengajarkan kita erti kehambaan. Namun, hakikat kehambaan itulah hakikat diri kita sejak diciptakan. Dengan mengamalkan Islam, bererti kita menterjemahkan erti kehambaan kita. Dengan mengukuhkan keimanan, bererti kita menterjemahkan nilai-nilai kehambaan kita. Dengan anugerah Ihsan, bererti kehambaan kita diterimaNya… ALLAH… ALLAH… ALLAH…

Manusia makin menuju mati, samada merinduiNya atau mengkhianatiNya. Kepada yang terus lalai dari mempersiapkan diri untuk menemuiNya, maka samada dia menipu dirinya sendiri atau dirinya tertipu dengan dirinya sendiri. Kedua-duanya adalah kecelakaan dalam kecelakaan.

Dunia ini, makin banyak yang dihimpun, makin banyak yang akan ditinggalkan. Dunia ini, makin tamak manusia mengejarnya, makin terbeban untuk meninggalkannya. Dunia ini, nilainya pada kehambaan. Dunia ini, ertinya pada kemerdekaan jiwa dalam menunaikan ketaatan kepada Allah s.w.t. yang Maha Menciptakan.

Jalan ini, jalan cinta. Jalan cinta, menyaksikan yang dicinta tanpa pencinta. Nilainya pada kebersamaan. Keagungannya pada keredhaan. Seseorang itu sempurna bukan kerana banyaknya amalan, tetapi sempurna di sisiNya kerana Dia meredhainya. Jalan keredhaan Tuhan bukan pada bergantung kepada amalan, tetapi sejauh mana seseorang menghayati bahawa setiap amalan yang dikerjakannya adalah daripada Tuhan.

Amal dengan keakuan, itulah pengkhianatan. Syukur melalui amalan, itulah kehambaan. ALLAH… ALLAH… ALLAH… Nabi Muhammad s.a.w., Rasulullah, itulah seagung-agung qudwah dan tauladan.

Wallahu a'lam.


HambaNya yang faqir lagi sentiasa memerlukan hanya kepadaNya yang Maha Penyayang,

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Razi Al-Azhari
'AmalahullaHu bi altofiHi Al-Khafiyyah

(Semoga Allah berinteraksi dengannya dengan kelembutan-kelembutanNya yang tersembunyi, Amin.)

Ogos 30, 2008

Panggilan Ramadhan





marilah kini,
datang singgahlah
dari saujana kejauhan
dekat, kian ia mendekat

perhentian ini bukan kesia-siaan
jika pandanganmu tercerahkan

seketika nanti,
terbanglah: puas, walau kelelahan
luputlah kehausan

kerana cicipan taubat, walau setitis
terkandung rahmat berlapis-lapis,
berkat keampunan dan kasih sayang
dari sumur-Mu, Ramadhan


Ibnu Abas
1007
300808

Taubat





Taubat - Opick

wahai Tuhan, jauh sudah
lelah kaki melangkah..
aku hilang.. tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai Tuhan, aku lemah
hina berlumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku


ampunkanlah aku,
terimalah taubatku

sesungguhnya engkau
sang Maha Pengampun Dosa


ya Rabbi, ijinkanlah
aku kembali pada Mu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hamba Mu

ampunkanlah aku,
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang Maha Pengampun Dosa
berikanlah aku kesempatan waktu
aku ingin kembali,
kembali..

dan meski tak layak
sujud pada Mu
dan sungguh tak layak.. aku


ampunkanlah aku,
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang Maha Pengampun Dosa

berikanlah aku kesempatan waktu
aku ingin kembali, kembali kepada Mu


ampunkanlah aku,
terimalah taubatku
aku ingin kembali, kembali kepada Mu

ampunkanlah aku..

Penuhilah Hak Sifat-sifat Nya






Barang siapa menyembah Allah
demi sesuatu yang ia harapkan dari~Nya,
atau demi menghindarkan siksa~Nya,
berarti ia belum memenuhi hak sifat-sifat~Nya.


~~~~

Salik yang mengalami pencerahan batin tidak beribadah karena takut akan api neraka atau mendambakan surga, tapi karena Dia memang berhak dipuja dan disembah. Sifat-sifat~Nya mencakup semua sifat terpuji, yang memancar dari Sumber Yang Esa dan Zat Yang Kekal. Adalah kebodohan bila menyembah~Nya karena menginginkan surga atau takut akan neraka. Pasalnya, apakah Dia tidak berhak disembah kalau surga dan neraka tidak ada? []



No 92, Bagian 12
Kitab Al-Hikam
Ibnu 'Athaillah as-Sakandari,

diulas Syekh Fadhlullah Haeri


Ogos 22, 2008

Sertakan amalan dalam pengharapan





Pengharapan harus disertai dengan amalan.
Kalau tidak, maka itu hanyalah lamunan.


~~~~

Keinginan dan pengharapan yang tak keruan hanya akan menimbulkan kekecewaan. Apabila niat, harapan dan tindakan disatukan di jalan kenabian dengan penyerahan mutlak, maka sang salik berada dekat dengan al-Haqq. Keinginan duniawi tak akan terwujud kecuali jika diiringi tindakan yang pantas dan tepat waktu, disertai ketabahan dan kesabaran. Pengharapan yang tinggi kepada Allah harus diiringi dengan tindakan yang tepat. Kalau tidak, itu hanya menjadi ilusi dan fantasi.[]



No 78, Bagian 9
Kitab Al-Hikam
Ibnu 'Athaillah as-Sakandari,

diulas Syekh Fadhlullah Haeri


Ogos 17, 2008

Mensucikan diri




Dan barangsiapa yang mensucikan dirinya, sesungguhnya ia mensucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allah-lah tempat kembali(mu).


[Q.S Fatir (35):18]

Makna Sebuah Ucapan




© 2004 - Herry Mardian

Awalnya sebuah ucapan,
Tuhan, ini aku
aku butuh Engkau

waktu itu, hanya kata
bibir kosong tiada makna

Lalu hidupku hancur
lebur

ujian bergantian
: meronta
babak bergantian
: menangis
bulan dan tahun bergantian
: hampa

perih,
marah,
tersungkur :
Ini hidup macam apa?
Rahmat-Mu mana?

tiada daya,
kembali terucap:
Tuhan, ini aku
aku butuh Engkau

Kini,
kata yang sama
ternyata maknanya ada

: aku sungguh-sungguh butuh Engkau

(Tn. Kusir, 271104. 22.56)

Ogos 13, 2008

Muqaddimah Risalah Untuk Kaum Muslimin


Dengan Nama Allah
Yang Mahapengasih, Mahapenyayang



Segala pujian bagi Allah nan mahaesa
Yang mahameliputi semesta semua
Yang liputanNya menyangkal bicara
Dan Yang bagiNya tiada suatu pun tara.
Mahasuci dan mahamurni
Tiada terketika mahu pun terisi,
Tiada tercurai sebarang peri
Tiada tercapai sebarang budi;
Tuhan sarwa alam berganda
Yang mengambang hebat di angkasa,
Terpamer indah terjelma nyata
Dan yang terbunyi sunyi dalam rahasia;
Yang empunya arash yang mahatinggi
Pemilik kuasa yang mahakawi,
Yang berbuat sekehendak diri
Akan segala sesuatu mahamengetahui;
Yang menjadikan kejadian semesta
Mengadakannya daripada hal tiada
Dengan hanya titah sepatah kata
Kemudian memulangkannya kepada asalnya;
Yang memperlihatkan di alam tabii
Aneka tandaNya terlalu sani
Dari ufuk berganda ke diri insani
Menyatakan wajahNya yang mahaali;
Meskipun luhurnya jauh terala
Dari segala cita dan rasa dan indera,
Namun hampirNya begitu mesra
Lebih akrab dari aku dan kita.

Dialah Yang memberi petunjuk kepada hambaNya yang terpilih nescaya menuturi arah yang lurus dan benar; Yang memberkati mereka yang mengikrarkan keesaanNya dengan memeliharakan baginya kalimah shahadah dari kekabutan bisikan shak dan waswas; Yang memimpin mereka agar mematuhi jejak-langkah nabiNya pilihan, dan menganuti tauladan para sahabatnya mulia dengan mengarahkan langkahnya ke Jalan yang benar; Yang menyatakan diriNya kepada mereka yang memasangkan telinga dalam mushahadah dengan zatNya dan afaalNya dan aneka sifatNya yang mahaindah dan seni-seni; Yang mengenalkan kepada mereka bahawa Dia esa pada pihak zatNya, dengan keesaan yang menafikan kemungkinan adanya sekutu; sendiri, dengan kesendirian yang dikenali hanya oleh diriNya; tunggal tiada berbagai tiada berbanding tiada berlawan; mahaesa dan kadim tiada yang mendahuluiNya, dan tiada 'dahulu' bagiNya melainkan yang dahulu itu Ia jua; kekal azali tiada bermula, senantiasa wujud tiada yang kemudian daripadaNya, dan tiada 'kemudian' bagiNya melainkan yang kemudian itu pun Ia jua; kekal abadi tiada berkesudahan, wujud tiada hentinya, berada tiada akhirnya - bahkan adaNya kini seperti dahulu jua; dan tiada Dia terhenti dan tiadakan berhenti bagiNya diperikan dengan gelaran-gelaran keagungan yang terala.

Dan salawat yang tiada berputusan serta salam yang tiada berhabisan kepada abdi dan rasulNya junjungan kita Muhammad, pemilik panji kepujian yang mengikrarkan hakikat namanya sebagai mu'jizat nyata yang terus berlaku; yang

Meskipun zahir berbentuk bashari,
Batinnya bangsa terlalu safi,
Kerana peri haknya ruhani
Pernah berkata lisannya murni:
Sebagai nabi aku terkandung
Dalam rahasia di Balai Agung,
Padahal Adam masih terapung
Antara air dan tanah lempung.

Meskipun rupaku anak Adam,
Darjatku asal terlebih kiram.

Tatkala Adam belum teringat,
Tatkala Kalam belum tersurat
Dan Papantulis belum tercatat,
Sudah terpandang oleh kunhi Zat
Seri wajahku di dalam mirat.

Sinaran sani cahaya kamalat,
Pancaran murni asma dan sifat,
Rumusan seni segala makhlukat
Yang zahir pada cermin hakikat -
Dalam diriku semua terlibat.

yang awal dicipta dan akhir menjelma, sehingga kedatangannya seperti yang datang dari Jauh ditunggu-tunggu; imam segala nabi dan khatimnya semua, laksana permata jawhar bercahayakan air asali menghiasi gelang para anbiya, laksana mohor Raja Agung yang pertama-mula menerapkan kalimah tawhid pada kalbu-diri Insan; yang terbit bagai bulan purnama cahayanya indah mengusir kegelitaan malam Jahiliah; yang katanya sungguh dan benar dan caranya betul belaka; tauladan terbaik bagi anak Adam dan rahmat Ilahi bagi sekalian alam.

Seterusnya kepada keluarganya yang dipersuci kesuciannya, yang nasabnya tumbuh teguh dalam Sejarah, laksana pohon yang akarnya membenam merangkum bumi dan daunnya melambai di langit murni.

Dan kepada para sahabatnya yang bagai bintang tetap bertabur menghiasi langit kelam, laksana lantera laut memandu bahtera ke pantai Salam.


Risalah Untuk Kaum Muslimin
Syed Muhammad Naquib Al-Attas



~~~

Notakaki:
[1] Maka bermulalah pembacaan diri akan Risalah yang terkandung di dalamnya sebanyak 74 perenggan, menyeluruhi banyak perkara "yang bukan sahaja penting bagi bangsa kita, bahkan Kaum Muslimin sedunia, kerana permasalahan yang terhurai di dalamnya itu mengenai masalah kekeliruan mendalam yang sama sedang dideritai oleh Kaum Muslimin di merata dunia." Moga dilancarkan pembacaan dan pemahaman sehingga penghabisan, dan manfaatnya menjangkau pelaksanaan ma'na-ma'na yang tersimpan dalam kehidupan. In sya Allah.

[2] gambar sekadar hiasan~

Ogos 08, 2008

Merindukan Allah


Ketika malam telah larut,
alam fikiranku melayang mengembara ke arah kegelapan malam,
fikiranku menerawang ke sebuah kuburan yang kaku,
gundukan tanah merah yang dingin,
perut bumi yang menjadi kediamanku kelak,
di dalamnya tak lain cacing dan serangga pemakan bangkai,
tubuhku yang tak mampu menepis binatang yang menggerogotiku
dan menjadikan tubuhku sarang dan tempat bertelur,

alangkah tak berdayanya tubuh ini,
sahabatku meninggalkanku, anak istriku meninggalkanku,
orang tuaku meninggalkanku, semua orang yang kukenal melupakanku,
mereka tak mau ikut mati bersamaku,
mereka tak mau tahu lagi apa yang menimpaku di kuburku,
mereka tak mau walau hanya menepiskan cacing yang menggerogoti tubuhku,
mereka tak perduli lagi tubuhku membusuk sedikit demi sedikit,
hingga tubuhku hancur dan berbau,
hingga tubuhku menjadi tulang,
lalu habis musnah menjadi tanah,

ke mana aku akan pergi?
ruhku akan melayang memenuhi panggilan Penciptaku.


Wahai Allah, tak ada selain Mu,

Engkaulah yang akan menepiskan semua serangga yang mendekati tubuhku,
akan Kau jaga tubuhku yang masuk dalam perut Bumi,
Engkau mendengar jeritan hatiku yang merindukan Mu,
maka dengarlah Wahai yang menciptakan harapan,
wahai yang menciptakan segala kerinduan,
wahai yang menciptakan keinginan untuk mengadu

kulontarkan kalimat yang kini hampir memecahkan kalbuku,
aku tak mempunyai selain Mu
untuk mengadu, untuk menolong, untuk memberi,
untuk diharapkan, untuk bergerak, untuk bernafas,
untuk berucap, untuk bersuara, untuk mendengar,
untuk melihat, untuk melangkah, untuk bergerak,
untuk berfikir, untuk makan, untuk minum,
untuk tersenyum, untuk bergembira,
untuk segala galanya, selain Mu

semua yang kumiliki, dan yang tak kumilki adalah milik Mu,
tubuhku milik Mu, makananku milik Mu, semua yang kulihat milik Mu,
semua yang kudengar Milik Mu, semua yang kuuucapkan milik Mu,
semua langkahku milik Mu, setiap nafasku milik Mu,
setiap detak jantungku milik Mu, perasaanku milik Mu,
kerinduanku milik Mu, harapanku milik Mu,
kesedihanku milik Mu, kegembiraanku milik Mu,

alangkah indahnya wahai Rabb, Karena Engkau memilikiku,
Engkau menggenggam diriku, Engkau mengaturku,
Engkau menjagaku, Engkau melindungiku,
Engkau mengayomiku, Engkau melimpahkan kelembutan Mu padaku,
aku merindukan Mu wahai Allah,
Engkau memanggilku agar aku dekat kepada Mu wahai Allah..


Wahai yang menciptakan cinta kasih di seluruh kalbu hamba Nya,
Engkau menghendaki aku mencintai Mu wahai Allah..
wahai yang menciptakan lidah saling menyebut nama nama hamba Nya,
Engkau menghendaki aku menyebut nama Mu wahai Allah..

wahai yang menciptakan segala yang indah,
keindahan yang terlihat dan yang tak terlihat,
keindahan yang terdengar dan tak terdengar,
keindahan yang terucapkan dan tak terucapkan,
keindahan yang terasa dan tak dapat dirasa,
keindahan yang diketahui dan yang tak diketahui,
keindahan yang tersaksikan dan yang tersembunyi,

semua keindahan itu berasal dari keindahan Mu wahai Allah,
maka betapa indahnya Engkau .. betapa lembutnya Engkau..


Maka Wahai Pencipta Keindahan, Wahai Pencipta Kelembutan,
Wahai Pencipta Kasih sayang,

sebagaimana Engkau perlihatkan keindahan yang ada pada makhluk Mu,
sebagaimana Engkau perlihatkan kelembutan yang ada pada makhluk Mu,
sebagaimana Engkau perlihatkan kasih sayang yang ada pada makhluk Mu,
maka perlihatkan padaku Keindahan Mu wahai Allah,

perlihatkan kelembutan Mu wahai Allah..
perlihatkan kasih sayang Mu wahai Allah,

walau hanya berupa harapan, walau hanya berupa sangkaan,
walau hanya berupa khayalan, walau hanya berupa kerinduan,
walau hanya berupa keinginan, walau hanya berupa airmata,
walau hanya berupa pemberian, walau hanya berupa lamunan,
walau hanya berupa kemudahan, walau hanya berupa pertolongan,

asalkan aku mengetahui bahwa itu datang dari kelembutan Mu,
datang dari kasih sayang Mu, datang dari keindahan Mu,

alangkah kecewa hamba yang hanya memiliki harapan,
hamba yang hanya memiliki khayalan,
hamba yang hanya memiliki lamunan,
hamba yang hanya memiliki kerinduan,
hamba yang hanya ingin dekat,
hamba yang hanya mendambakan kelembutan,
hamba yang hanya mendambakan ayoman,
hamba yang hanya mendambakan kasih sayang,

sedangkan modal semua harapanku hanyalah airmata,

apakah ia harus dikecewakan oleh yang Maha tak mengecewakan,

alangkah hancur perasaannya kalau kerinduannya
ditolak oleh yang Maha tak menolak kerinduan,

alangkah berkeping kepingnya kecintaannya,
bila keinginannya untuk dekat tertolak oleh
yang Maha tak menolak hamba Nya yang ingin dekat,

itu semua tak ada pada dzat Mu,
itu semua tak ada dalam sifat Mu,
itu semua tak ada pada perbuatan Mu,

apalagi yang membuatku tertolak
sedangkan Engkau yang Maha menerima,
apalagi yang membuatku tersingkir
sedangkan Engkau yang Maha merangkul,
apalagi yang membuatku terjauhkan,
sedangkan Engkaulah yang maha mendekatkan,

salahkah aku merindukan Mu,
sedangkan Engkaulah
yang menciptakan kerinduanku pada Mu,

salahkah aku menginginkan dekat pada Mu,
sedangkan Engkaulah
yang menciptakan keinginanku untuk dekat kepada Mu,

salahkah aku merasa tenggelam dalam samudra Kelembutan Mu,
sedangkan Engkaulah yang menciptakan perasaan itu dihatiku.


Wahai Allah.. wahai yang menamakan diri Nya Allah,
wahai yang menginginkan nama Nya dipanggil Allah,

wahai yang menginginkan lidahku
memanggil Dzat Nya dengan panggilan Allah,

wahai yang menginginkan aku mengharapkan Nya
dengan mengingat nama Allah,

wahai yang menciptakan lidahku
bergetar menyebut Nama Allah,

wahai yang memberikan kemampuan
pada jemariku menuliskan nama Allah..

maka dengan kemauan Mu kusebut namamu Allah..
dengan keinginan Mu kurindukan Engkau Allah..
dengan keinginan Mu aku ingin dekat kepada Mu wahai Allah,

salahkah aku berkeinginan,
salahkah aku merindukan,
salahkah aku ingin dekat,
sedangkan semua getaran kalbuku itu,
adalah keinginan Mu wahai Allah?

maka sebagaimana Kau jadikan
cacing merangkak tanpa tangan dan kaki,
maka jadikan aku merangkak kepadamu tanpa hambatan,

sebagaimana Kau jadikan
anjing najis bertasbih mensucikan Mu,
maka jadikan aku pendosa hina yang mendambakanmu,

sebagaimana kaujadikan
air mengalir menjadi beku,
maka jadikan harapanku
mengalir kearah Mu, dan membeku dipintu Mu,

sebagaimana Kau jadikan
gunung batu menjadi debu,
maka jadikan seluruh kesalahanku
menjadi debu di hadapan Keagungan Mu,

sebagaimana Kau jadikan
bumi perkasa terinjak injak,
maka jadikan hawa nafsuku terinjak injak
kerinduanku kepada Mu,

sebagaimana Kau jadikan
Raja berwibawa terkalahkan dan terhinakan,
maka jadikan kesombonganku
terhinakan oleh kewibawaan Mu,

sebagaimana kau jadikan
sesuatu yang bergerak menjadi diam,
maka jadikan tubuhku yang bergerak
berubah diam dari segala yang tak Kau ridhai,

sebagaimana kau jadikan
semua yang ada menjadi fana,
maka jadikanlah gunung dosa ini
fana dalam kelembutan Mu,

sebagaimana kau jadikan
yang tak mungkin menjadi kepastian,
maka jadikan semua
ketidakmungkinanku untuk dekat
menjadi janji kepastian.


Munajat Ibnu Athaillah (2)





Ilahi,
Dalam harta kekayaan-Mu aku adalah fakir. Sedangkan dalam kefakiran, aku pun merasa fakir. Kerana aku adalah orang yang fakir.


Ilahi,
Akulah orang jahil dalam ilmu. Betapa hal ini tiada jahil dari kejahilanku.


Ilahi,
Sungguh perubahan ketetapan-Mu. Cepat sampainya takdir-Mu. Itu semua telah menahan orang-orang arifin merasa puas atas semua pemberian. Tetapi putus asa dalam ujian.


Ilahi,
Dari kehinaan yang layak. Dari kemuliaan-Mu yang marak.


Ilahi,
Dengan sifat-sifat-Mu yang lembut. Dengan halusnya belas kasih-Mu. Engkau pun tahu aku lemah. Tiadalah Engkau menolak. Dengan sifat lembut dan belas-Mu dari kelemahan diriku.


Ilahi,
Bila ada padaku kebaikan. Kerana kasih dan kurnia-Mu. Engkau berhak menuntutku. Jika ada kejahatanku. Itu semua kerana keadilan-Mu. Engkau berhak menuntutku.


Ilahi,
Bagaimana aku menjadi wakil-Mu. Untuk mengurus diriku. Padahal Engkau penjamin bagiku. Betapa aku akan terhina. Padahal Engkau Sang Penolong. Bagaimana mungkin aku kecewa. Padahal Engkau Maha Pengasih.


Ilahi,
Aku datang kepada-Mu. Dengan tanganku yang fakir. Bagaimana aku berperantara. Padahal mustahil akan sampai kepada-Mu. Pada-Mu kuadukan diriku. Padahal tak ada yang tersembunyi pada-Mu. Betapa kumesti beri penjelasan. Padahal semua dari sisi-Mu jua. Mengapa aku harus kecewa. Padahal di hadapan-Mu aku selalu berdoa. Mengapa aku tiada menjadi baik. Padahal semuanya datang dari-Mu dan kembali kepada-Mu.


Ilahi,
Betapa diriku mendapat sentuhan kehalusan-Mu. Yang Maha Agung. Padahal aku jahil dalam kejahilanku. Besar nian rahmat-Mu. Kerana begitu buruk perilakuku.


Ilahi,
Begitu Engkau dekat dariku. Begitu jauhnya aku dari-Mu.


Ilahi,
Sangat besar kasih-Mu. Ada apa gerangan. Yang menutup antara aku dengan-Mu.


Ilahi,
Kuakui perubahan. Kuakui pergantian zaman. Masa berubah zaman berganti. Namun kekuasaan kufahami. keagungan-Mu kusedari. Sehingga tak terlupa. Selalu kufahami.


Ilahi,
Dosa telah menutup pandanganku. Kemurahan-Mu membisikkan padaku. Ketika putus asa menggerogoti jiwaku. Aku menemukan rahmat-Mu. Kerana aku insan rendahan. Kurnia-Mu juga yang membukakan harapan.


Ilahi,
Di antara salahnya kebaikan insan. Betapa kesalahan itu bukan suatu dosa. Ketika ilmu jadi pengakuan belaka. Betapa pengakuan itu bukan kepalsuan juga.


Ilahi,
Hukum-Mu memang pasti. Kehendak-Mu juga harus terjadi. Tiada kesempatan bagi yang pandai. Bisa berkata apa-apa. Tiada juga. Bagi yang sakit menunjukkan keadaannnya.


Ilahi,
Berapa banyak pun ketaatanku. Berapa banyak pun keadaanku. Dapat kubaguskan. Tetapi tiba-tiba keadilan-Mu juga yang berlaku. Kerana kurnia-Mu jua. Tiadalah aku bergantung pada amalku semata.


Ilahi,
Engkau Maha Tahu, hal diriku. Hal amalku. Tiada kumelakukan kesinambungan. Tetapi aku tiada putus menempatkan niat dan cintaku. Pada semua amal.


Ilahi,
Betapa aku mesti berniat. Padahal Engkaulah penentu. Bagaimana aku mesti bertekad. Padahal Engkau yang memerintah.


Ilahi,
Aku pontang-panting di alam ini. Kerana begitu jauh jalan hidup ini. Dekatkan aku pada jarak-Mu. Oleh amal yang segera aku datang di hadapan-Mu.


Ilahi,
Betapa bisa jadi alasan. Yang menunjukkan semua kejadian. Berhajat pada-Mu. Tiada yang lebih terang dari-Mu. Semua jadi penjelasan. Sampai keghaiban memerlukan keterangan. Sampai Engkau menjadi jauh. Padahal alam mendekatkan hajatnya pada-Mu.


Ilahi,
Sungguh mata hamba menjadi buta. Kerana tiada melihat pengawasan-Mu selalu ada. Sungguh rugi perniagaan hamba. Tiada dapat dari-Mu rasa kasih dan cinta.


Ilahi,
Engkau suruh aku perhatikan alam. Pada peliputan selubung dalam. Nur cahaya-Mu bagai mentari semesta alam. Sebagaimana ketika aku masuk dalam mahligai-Mu. Menjadikan terpeliharanya hatiku. Dari gangguan genggaman kelam. Lalu terangkat keinginan dariku. Untuk bersandar kepada-Mu. Sesungguhnya Engkau amat kuasa. Atas segala apa yang ada.


Ilahi,
Tiada kehinaan yang tidak nampak oleh-Mu. Perihalku yang tidak tersembunyi bagi-Mu. Aku berharap dari pancaran nur-Mu. Agar aku tiba di depan-Mu. Dan aku peroleh hidayah-Mu. Kekukuhan jiwaku. Agar sungguh pengabdianku pada-Mu.


Ilahi,
Ajari aku ilmu pengetahuan. Yang berada dalam persembunyian. Dengan rahsia asma-Mu. Aku tetap dalam pemeliharaan-Mu.


Ilahi,
Berilah aku hakikatnya hakikat. Jalankanlah aku bersama insan. Yang datang berlangsung kepada-Mu.


Ilahi,
Beri aku kepuasan dengan aturan-Mu. Di dalam perasaan pilihan-Mu. Yang Engkau jadikan pilihanku. Dari-Mu untukku. Dudukkan aku dalam pilihan-Mu. Di atas keperluanku. Yang datang penuh desakan kebutuhan.


Ilahi,
Keluarkanlah aku dari kehinaan. Bersihkan aku dari keraguan. Sucikan aku dari syirik. Sebelum aku masuk ke liang kubur. Tolong dan bantulah aku. Pada-Mu jua aku berserah diri. Jangan jadikan untuk beratnya beban. Hanya pada-Mu aku bermohon. Jangan tinggalkan aku dalam kekecewaan. Kerana pada kurnia-Mu kuberpengharapan. Janganlah Engkau tolak aku bermohon. Dan mendatangi-Mu dengan penuh harapan. Jangan jauhi aku dalam ketertinggalan. Aku berada di pintu-Mu. Janganlah usir aku dari sisi-Mu.


Ilahi,
Engkau Maha Suci dalam redha-Mu. Betapa aku tergantung sebab dari-Mu. Bagaimana pula suatu sebab tergantung dengan-Mu. Engkau Zat yang Maha Kaya. Agar sampailah manfaat dari-Mu. Bagaimana mungkin Engkau butuh manfaat dariku.


Ilahi,
Aku telah dikalahkan oleh Qada' dan Qadar. Hawa nafsu syahwat telah menawanku. Tolonglah aku, ya Allah. Tolonglah dari godaan syahwat dan godaan nafsu. Menghancurkan musuh-musuh sahabat-sahabatku. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu. Sehingga aku merasa kaya kerana bersama-Mu. Bukan kerana suatu permintaan kepada-Mu.


Ilahi,
Engkaulah penerbit nur di dalam hati. Mereka pun mengenal-Mu dan mentauhidkan engkau. Ya Allah, penghilang kotoran dosaku. Dari hati orang yang mencintai-Mu. Mereka tidak mencintai dan mencari tempat bersandar. Kecuali hanya kepada-Mu. Engkau, ya Allah, penggembira hati mereka. Ketika seisi alam membuat mereka jemu. Engkaulah penggembira hati. Ketika seisi alam menjemukan diri. Engkaulah pemberi mereka hidayah. Sehingga kebenaran itu memancar di antara mereka. Orang yang kehilangan Engkau. Telah menghilangkan dirinya. Dan kehilangan sesuatu. Yang mendapatkan-Mu. Kecewalah orang yang menemukan selain-Mu. Rugilah orang yang lari dari-Mu.


Ilahi,
Betapa aku mengharap yang bukan dari-Mu. Padahal Engkau tak memutuskan tali-Mu. Betapa aku memohon kepada selain-Mu. Padahal kurnia-Mu tetap kuterima. Wahai Zat yang memberi rasa manis. Kepada yang mencintai-Mu. Bermesraan dalam kasih sayang-Mu. Mereka berdiri di hadapan-Mu. Dalam kelembutan belas kasih-Mu. Engkau Zat yang memberi pakaian kebesaran pada wali-Mu. Dalam kebanggaan dan kemuliaan.


Ilahi,
Engkau adalah Penzikir sebelum zikirnya insan. Engkau adalah Pemberi kebaikan. Sebelum datangnya para abid kepada-Mu. Engkau pemberi yang Maha Pemurah. Sebelum datangnya para peminta kepada-Mu. Engkau juga Maha Pemberi. Kepada orang yang meminjamkan kepada-Mu.


Ilahi,
Bawalah aku mendekati rahmat-Mu. Agar aku segera sampai kepada-Mu. Tariklah aku ke dalam kurnia-Mu. Tiadalah mampu aku menghadap-Mu. Kecuali kerana kurnia-Mu.


Ilahi,
Alam ini adalah penghalang. Ketika aku datang menghadap-Mu. Dan ilmuku menghentikan aku. Di depan pintu-Mu. Kerana kemurahan-Mu.


Ilahi,
Mestikah aku kecewa, padahal Engkau harapanku. Betapa aku terhina. Hanya kepada-Mu saja aku berserah.


Ilahi,
Betapa aku jadi mulia. Padahal Engkau tempatkan aku pada kehinaan. Betapa aku jadi mulia. Sedang pada-Mu kumasukkan diriku. Betapa aku tidak butuh. Padahal aku fakir. Mana mungkin aku tak memerlukan. Padahal kemurahan-Mu. Telah memberi aku harta benda. Engkau Tuhan, tiada sesembahan kecuali Engkau. Engkau kenalkan diri-Mu pada segala sesuatu. Sehingga tiada sesuatu jua tak mengenal kepada-Mu. Engkau yang mengenalkan diri-Mu. Sampai aku bisa memandang-Mu sangat jelas.


Ilahi,
Engkau sangat jelas pada apa pun. Wahai Zat yang bertakhta di 'Arasy. Dengan sifat kasih-Mu, 'Arasy itu ghaib dari mataku. Dengan kasih dan cinta-Mu. Sebagaimana alam ini musnah di dalam 'Arasy-Mu. Engkau tutupi 'Arasy itu dengan cakerawala yang bercahaya. Wahai Zat yang bernaung di dalam tembok kemuliaan. Sehingga tiada tercapai pandangan penglihatan. Wahai Zat yang menjelmakan keindahan. Penuh kesempurnaan. Terbuktilah itu dalam hati dan perasaan. Engkau tampak jelas walau dalam persembunyian. Engkau Maha Ghaib tetapi memberi pengawasan. Engkau Taufiqurrahman. Tempat kami memohon pertolongan.


Allahumma amiin..
Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.

Ogos 06, 2008

Bagaimana Sepatutnya Kita Menerima Nasihat






Wahai anakku yang tercinta,

Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya. Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi (maksudnya mencari ilmu supaya mendapat sesuatu gelaran rasmi) serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia, kerana orang yang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup menjadi keselamatannya dan sebab kebahagiaannya maka ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu. Orang yang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan i'tiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah (yang diertikan dengan orang yang mempunyai fahaman sekular di zaman sekarang - penterjemah). Subhanallah, alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini. Bukankah ia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian ia tidak beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya itu, nanti pada hari kiamat ia akan disoal dengan soalan yang lebih berat lagi daripada orang yang tidak mengetahui apa-apa. Seperti apa yang telah disebutkan Rasulullah saw. (yang bermaksud):

Orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat nanti ialah seorang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya.


Dan diriwayatkan daripada Imam Al Junaid Al Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu bahawa ada seorang yang telah bermimpi bertemu dengan beliau di waktu tidur selepas kematian beliau. Lalu orang ini bertanya kepada Imam Al Junaid Al Baghdadi dengan katanya: Apa khabar kamu wahai Abu Al Qasim (Al Junaidi Al Baghdadi). Lalu Imam Al Junaid Al Baghdadi menjawab: Sebenarnya telah hilang segala ilmu yang zahir dan juga telah hilang ilmu yang batin. Dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat yang sempat kami lakukan di tengah malam.


NASIHAT KEDUA
Ayyuhal Walad
Wahai Anakku Yang Tercinta
Imam al-Ghazali

Ogos 03, 2008

Keep The Dream Alive

Depressed by Herry


It’s raining outside, cold
as another day is being fold
sitting alone he wishes
someone’d cure his lifetime bruises.

As he knows that tomorrow
another lonely day he has to follow.

Keep the dream alive, my friend.
That one day this will end.
The day when you go home walking
someone will open the door smiling.

(Herry Mardian, 150605:2030)


© 2005 - Herry Mardian
Photo by HerryMardian, http://javanicus.deviantart.com


Ogos 01, 2008

Al-Hadid : 22-23




~~~
Tak ada suatu kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

(Kamu diberitahu tentang itu)
supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang telah diberikan kepada kamu. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.


[Q.S al-Hadid: 22, 23]



___
Alhamdulillah..
Syukran jiddan, ya 'Izzaty.

Menterjemah Sunyi





Menterjemah Sunyi


Aku tersandar di dinding sunyi
ketika malam kian gering ini adalah rimba yang
merahsiakan dengkur sengsara dari perenggan sejarah.
Lantas sesudah tersayat aku dijodohkan pada kefasadan,
bagai meneguk salju
kujamah rintik-rintik maghfirah
dari kebun langit-Mu yang ranum itu, Rabb, dalam
sebungkus doa renyuk,
sehingga nama-nama terindah mengguyur jadi zikir
para jelata dan marga jagat- hanya
nama itu - nama yang merajai
sunyi dan zulmat
serta melata semesta
mengikhlaskan iktikaf dalam
yakin janji Mu - satu-satunya.


Rabb,

sedang ini cuma abdi mendayakan sujud di daerah peribadi
merebahkan dahi yang kecelaruan nafsu
pada usang sejadah yang mendiamkan sebuah rahsia abadi.
untuk aku tuang dengan kedinginan lafaz nasuha
sesudah aku adalah lelaki
dari ghazwah yang tewas, parah dan berdarah.


Janganlah,
kupohon janganlah cinta yang satu ini dibunuh
dari dada yang fakir munajat
kerana nanti hanya tinggal aku setitis roh yang terluka
dalam sunyi yang menyendiri


Fahd Razy
3.31 a.m
29 Mei 2005
South Circular Road, Dublin, Ireland.
(Tunas Cipta, Oktober 2005)