Ogos 08, 2008

Munajat Ibnu Athaillah (2)





Ilahi,
Dalam harta kekayaan-Mu aku adalah fakir. Sedangkan dalam kefakiran, aku pun merasa fakir. Kerana aku adalah orang yang fakir.


Ilahi,
Akulah orang jahil dalam ilmu. Betapa hal ini tiada jahil dari kejahilanku.


Ilahi,
Sungguh perubahan ketetapan-Mu. Cepat sampainya takdir-Mu. Itu semua telah menahan orang-orang arifin merasa puas atas semua pemberian. Tetapi putus asa dalam ujian.


Ilahi,
Dari kehinaan yang layak. Dari kemuliaan-Mu yang marak.


Ilahi,
Dengan sifat-sifat-Mu yang lembut. Dengan halusnya belas kasih-Mu. Engkau pun tahu aku lemah. Tiadalah Engkau menolak. Dengan sifat lembut dan belas-Mu dari kelemahan diriku.


Ilahi,
Bila ada padaku kebaikan. Kerana kasih dan kurnia-Mu. Engkau berhak menuntutku. Jika ada kejahatanku. Itu semua kerana keadilan-Mu. Engkau berhak menuntutku.


Ilahi,
Bagaimana aku menjadi wakil-Mu. Untuk mengurus diriku. Padahal Engkau penjamin bagiku. Betapa aku akan terhina. Padahal Engkau Sang Penolong. Bagaimana mungkin aku kecewa. Padahal Engkau Maha Pengasih.


Ilahi,
Aku datang kepada-Mu. Dengan tanganku yang fakir. Bagaimana aku berperantara. Padahal mustahil akan sampai kepada-Mu. Pada-Mu kuadukan diriku. Padahal tak ada yang tersembunyi pada-Mu. Betapa kumesti beri penjelasan. Padahal semua dari sisi-Mu jua. Mengapa aku harus kecewa. Padahal di hadapan-Mu aku selalu berdoa. Mengapa aku tiada menjadi baik. Padahal semuanya datang dari-Mu dan kembali kepada-Mu.


Ilahi,
Betapa diriku mendapat sentuhan kehalusan-Mu. Yang Maha Agung. Padahal aku jahil dalam kejahilanku. Besar nian rahmat-Mu. Kerana begitu buruk perilakuku.


Ilahi,
Begitu Engkau dekat dariku. Begitu jauhnya aku dari-Mu.


Ilahi,
Sangat besar kasih-Mu. Ada apa gerangan. Yang menutup antara aku dengan-Mu.


Ilahi,
Kuakui perubahan. Kuakui pergantian zaman. Masa berubah zaman berganti. Namun kekuasaan kufahami. keagungan-Mu kusedari. Sehingga tak terlupa. Selalu kufahami.


Ilahi,
Dosa telah menutup pandanganku. Kemurahan-Mu membisikkan padaku. Ketika putus asa menggerogoti jiwaku. Aku menemukan rahmat-Mu. Kerana aku insan rendahan. Kurnia-Mu juga yang membukakan harapan.


Ilahi,
Di antara salahnya kebaikan insan. Betapa kesalahan itu bukan suatu dosa. Ketika ilmu jadi pengakuan belaka. Betapa pengakuan itu bukan kepalsuan juga.


Ilahi,
Hukum-Mu memang pasti. Kehendak-Mu juga harus terjadi. Tiada kesempatan bagi yang pandai. Bisa berkata apa-apa. Tiada juga. Bagi yang sakit menunjukkan keadaannnya.


Ilahi,
Berapa banyak pun ketaatanku. Berapa banyak pun keadaanku. Dapat kubaguskan. Tetapi tiba-tiba keadilan-Mu juga yang berlaku. Kerana kurnia-Mu jua. Tiadalah aku bergantung pada amalku semata.


Ilahi,
Engkau Maha Tahu, hal diriku. Hal amalku. Tiada kumelakukan kesinambungan. Tetapi aku tiada putus menempatkan niat dan cintaku. Pada semua amal.


Ilahi,
Betapa aku mesti berniat. Padahal Engkaulah penentu. Bagaimana aku mesti bertekad. Padahal Engkau yang memerintah.


Ilahi,
Aku pontang-panting di alam ini. Kerana begitu jauh jalan hidup ini. Dekatkan aku pada jarak-Mu. Oleh amal yang segera aku datang di hadapan-Mu.


Ilahi,
Betapa bisa jadi alasan. Yang menunjukkan semua kejadian. Berhajat pada-Mu. Tiada yang lebih terang dari-Mu. Semua jadi penjelasan. Sampai keghaiban memerlukan keterangan. Sampai Engkau menjadi jauh. Padahal alam mendekatkan hajatnya pada-Mu.


Ilahi,
Sungguh mata hamba menjadi buta. Kerana tiada melihat pengawasan-Mu selalu ada. Sungguh rugi perniagaan hamba. Tiada dapat dari-Mu rasa kasih dan cinta.


Ilahi,
Engkau suruh aku perhatikan alam. Pada peliputan selubung dalam. Nur cahaya-Mu bagai mentari semesta alam. Sebagaimana ketika aku masuk dalam mahligai-Mu. Menjadikan terpeliharanya hatiku. Dari gangguan genggaman kelam. Lalu terangkat keinginan dariku. Untuk bersandar kepada-Mu. Sesungguhnya Engkau amat kuasa. Atas segala apa yang ada.


Ilahi,
Tiada kehinaan yang tidak nampak oleh-Mu. Perihalku yang tidak tersembunyi bagi-Mu. Aku berharap dari pancaran nur-Mu. Agar aku tiba di depan-Mu. Dan aku peroleh hidayah-Mu. Kekukuhan jiwaku. Agar sungguh pengabdianku pada-Mu.


Ilahi,
Ajari aku ilmu pengetahuan. Yang berada dalam persembunyian. Dengan rahsia asma-Mu. Aku tetap dalam pemeliharaan-Mu.


Ilahi,
Berilah aku hakikatnya hakikat. Jalankanlah aku bersama insan. Yang datang berlangsung kepada-Mu.


Ilahi,
Beri aku kepuasan dengan aturan-Mu. Di dalam perasaan pilihan-Mu. Yang Engkau jadikan pilihanku. Dari-Mu untukku. Dudukkan aku dalam pilihan-Mu. Di atas keperluanku. Yang datang penuh desakan kebutuhan.


Ilahi,
Keluarkanlah aku dari kehinaan. Bersihkan aku dari keraguan. Sucikan aku dari syirik. Sebelum aku masuk ke liang kubur. Tolong dan bantulah aku. Pada-Mu jua aku berserah diri. Jangan jadikan untuk beratnya beban. Hanya pada-Mu aku bermohon. Jangan tinggalkan aku dalam kekecewaan. Kerana pada kurnia-Mu kuberpengharapan. Janganlah Engkau tolak aku bermohon. Dan mendatangi-Mu dengan penuh harapan. Jangan jauhi aku dalam ketertinggalan. Aku berada di pintu-Mu. Janganlah usir aku dari sisi-Mu.


Ilahi,
Engkau Maha Suci dalam redha-Mu. Betapa aku tergantung sebab dari-Mu. Bagaimana pula suatu sebab tergantung dengan-Mu. Engkau Zat yang Maha Kaya. Agar sampailah manfaat dari-Mu. Bagaimana mungkin Engkau butuh manfaat dariku.


Ilahi,
Aku telah dikalahkan oleh Qada' dan Qadar. Hawa nafsu syahwat telah menawanku. Tolonglah aku, ya Allah. Tolonglah dari godaan syahwat dan godaan nafsu. Menghancurkan musuh-musuh sahabat-sahabatku. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu. Sehingga aku merasa kaya kerana bersama-Mu. Bukan kerana suatu permintaan kepada-Mu.


Ilahi,
Engkaulah penerbit nur di dalam hati. Mereka pun mengenal-Mu dan mentauhidkan engkau. Ya Allah, penghilang kotoran dosaku. Dari hati orang yang mencintai-Mu. Mereka tidak mencintai dan mencari tempat bersandar. Kecuali hanya kepada-Mu. Engkau, ya Allah, penggembira hati mereka. Ketika seisi alam membuat mereka jemu. Engkaulah penggembira hati. Ketika seisi alam menjemukan diri. Engkaulah pemberi mereka hidayah. Sehingga kebenaran itu memancar di antara mereka. Orang yang kehilangan Engkau. Telah menghilangkan dirinya. Dan kehilangan sesuatu. Yang mendapatkan-Mu. Kecewalah orang yang menemukan selain-Mu. Rugilah orang yang lari dari-Mu.


Ilahi,
Betapa aku mengharap yang bukan dari-Mu. Padahal Engkau tak memutuskan tali-Mu. Betapa aku memohon kepada selain-Mu. Padahal kurnia-Mu tetap kuterima. Wahai Zat yang memberi rasa manis. Kepada yang mencintai-Mu. Bermesraan dalam kasih sayang-Mu. Mereka berdiri di hadapan-Mu. Dalam kelembutan belas kasih-Mu. Engkau Zat yang memberi pakaian kebesaran pada wali-Mu. Dalam kebanggaan dan kemuliaan.


Ilahi,
Engkau adalah Penzikir sebelum zikirnya insan. Engkau adalah Pemberi kebaikan. Sebelum datangnya para abid kepada-Mu. Engkau pemberi yang Maha Pemurah. Sebelum datangnya para peminta kepada-Mu. Engkau juga Maha Pemberi. Kepada orang yang meminjamkan kepada-Mu.


Ilahi,
Bawalah aku mendekati rahmat-Mu. Agar aku segera sampai kepada-Mu. Tariklah aku ke dalam kurnia-Mu. Tiadalah mampu aku menghadap-Mu. Kecuali kerana kurnia-Mu.


Ilahi,
Alam ini adalah penghalang. Ketika aku datang menghadap-Mu. Dan ilmuku menghentikan aku. Di depan pintu-Mu. Kerana kemurahan-Mu.


Ilahi,
Mestikah aku kecewa, padahal Engkau harapanku. Betapa aku terhina. Hanya kepada-Mu saja aku berserah.


Ilahi,
Betapa aku jadi mulia. Padahal Engkau tempatkan aku pada kehinaan. Betapa aku jadi mulia. Sedang pada-Mu kumasukkan diriku. Betapa aku tidak butuh. Padahal aku fakir. Mana mungkin aku tak memerlukan. Padahal kemurahan-Mu. Telah memberi aku harta benda. Engkau Tuhan, tiada sesembahan kecuali Engkau. Engkau kenalkan diri-Mu pada segala sesuatu. Sehingga tiada sesuatu jua tak mengenal kepada-Mu. Engkau yang mengenalkan diri-Mu. Sampai aku bisa memandang-Mu sangat jelas.


Ilahi,
Engkau sangat jelas pada apa pun. Wahai Zat yang bertakhta di 'Arasy. Dengan sifat kasih-Mu, 'Arasy itu ghaib dari mataku. Dengan kasih dan cinta-Mu. Sebagaimana alam ini musnah di dalam 'Arasy-Mu. Engkau tutupi 'Arasy itu dengan cakerawala yang bercahaya. Wahai Zat yang bernaung di dalam tembok kemuliaan. Sehingga tiada tercapai pandangan penglihatan. Wahai Zat yang menjelmakan keindahan. Penuh kesempurnaan. Terbuktilah itu dalam hati dan perasaan. Engkau tampak jelas walau dalam persembunyian. Engkau Maha Ghaib tetapi memberi pengawasan. Engkau Taufiqurrahman. Tempat kami memohon pertolongan.


Allahumma amiin..
Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.

4 ulasan:

mohad berkata...

salam.. apa khabar..

Cahaya~ berkata...

Assalamualaikum. The word was just to wonderful. Minta Izin letak di blog nur ye? huhu.

Dah letak dah ni.
tQ

firusfansuri berkata...

Wa'alaikumussalam.. Silakan, ya.
Salam ziarah buat semua,
silakan ambil yang bermanfaat,
dan tegurlah sebarang kekurangan.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih byk.
i really do love the words in ur blog.
++++++ <3

seronoknya jadi manusia puitis berilmu.


cahaya~