marilah kini,
datang singgahlah
dari saujana kejauhan
dekat, kian ia mendekat
perhentian ini bukan kesia-siaan
jika pandanganmu tercerahkan
seketika nanti,
terbanglah: puas, walau kelelahan
luputlah kehausan
kerana cicipan taubat, walau setitis
terkandung rahmat berlapis-lapis,
berkat keampunan dan kasih sayang
dari sumur-Mu, Ramadhan
Ibnu Abas
1007
300808
5 ulasan:
BULAN RAMADHAN DAN MADAH CINTA
Bulan ramadhan telah pun mengibarkan sayapnya
Selamat berpuasa kepada semua
Dan aku pun tersenyum...
Ada cahaya dimana-mana
Setiap malam dan waktu berbuka
Wajah-wajah kesyukuran...
Sujud dan rintihan meminta keampunan
menyetuh dada dan isi hati ini
didalam kesyahduan.
Dan tentunya...
Ada lambaian menunggu dihujung sana
Satu kepastian
bakal menanti semua...!
:D
Salam Menghidupkan Ramadhan 1429H sahabat!
Maafkan segala salah dan silap sahabatmu ini.
Doakan diri ini~
Salam ukuwah,
Sahabat dekat yang jauh.
^-^
Jazakillah.
Salam Ramadhan Karim,
ya sahabat.
Moga limpahan maghfirah dan rahmat
mengundang kita ke pandangan keredhaan~Nya.
Allahu ma'ak, in sya Allah.
:)
cantik puisi ni...
Salam Ramadhan~ =)
betul tu diyana..
ringkas, tapi dalam maknanya.
=]
Syukran Diyana, =)
Syukran.. Ya 'Izzaty.
=]
Catat Ulasan