Segala pujian bagi Allah nan mahaesa
Yang mahameliputi semesta semua
Yang liputanNya menyangkal bicara
Dan Yang bagiNya tiada suatu pun tara.
Mahasuci dan mahamurni
Tiada terketika mahu pun terisi,
Tiada tercurai sebarang peri
Tiada tercapai sebarang budi;
Tuhan sarwa alam berganda
Yang mengambang hebat di angkasa,
Terpamer indah terjelma nyata
Dan yang terbunyi sunyi dalam rahasia;
Yang empunya arash yang mahatinggi
Pemilik kuasa yang mahakawi,
Yang berbuat sekehendak diri
Akan segala sesuatu mahamengetahui;
Yang menjadikan kejadian semesta
Mengadakannya daripada hal tiada
Dengan hanya titah sepatah kata
Kemudian memulangkannya kepada asalnya;
Yang memperlihatkan di alam tabii
Aneka tandaNya terlalu sani
Dari ufuk berganda ke diri insani
Menyatakan wajahNya yang mahaali;
Meskipun luhurnya jauh terala
Dari segala cita dan rasa dan indera,
Namun hampirNya begitu mesra
Lebih akrab dari aku dan kita.
Dialah Yang memberi petunjuk kepada hambaNya yang terpilih nescaya menuturi arah yang lurus dan benar; Yang memberkati mereka yang mengikrarkan keesaanNya dengan memeliharakan baginya kalimah shahadah dari kekabutan bisikan shak dan waswas; Yang memimpin mereka agar mematuhi jejak-langkah nabiNya pilihan, dan menganuti tauladan para sahabatnya mulia dengan mengarahkan langkahnya ke Jalan yang benar; Yang menyatakan diriNya kepada mereka yang memasangkan telinga dalam mushahadah dengan zatNya dan afaalNya dan aneka sifatNya yang mahaindah dan seni-seni; Yang mengenalkan kepada mereka bahawa Dia esa pada pihak zatNya, dengan keesaan yang menafikan kemungkinan adanya sekutu; sendiri, dengan kesendirian yang dikenali hanya oleh diriNya; tunggal tiada berbagai tiada berbanding tiada berlawan; mahaesa dan kadim tiada yang mendahuluiNya, dan tiada 'dahulu' bagiNya melainkan yang dahulu itu Ia jua; kekal azali tiada bermula, senantiasa wujud tiada yang kemudian daripadaNya, dan tiada 'kemudian' bagiNya melainkan yang kemudian itu pun Ia jua; kekal abadi tiada berkesudahan, wujud tiada hentinya, berada tiada akhirnya - bahkan adaNya kini seperti dahulu jua; dan tiada Dia terhenti dan tiadakan berhenti bagiNya diperikan dengan gelaran-gelaran keagungan yang terala.
Dan salawat yang tiada berputusan serta salam yang tiada berhabisan kepada abdi dan rasulNya junjungan kita Muhammad, pemilik panji kepujian yang mengikrarkan hakikat namanya sebagai mu'jizat nyata yang terus berlaku; yang
yang awal dicipta dan akhir menjelma, sehingga kedatangannya seperti yang datang dari Jauh ditunggu-tunggu; imam segala nabi dan khatimnya semua, laksana permata jawhar bercahayakan air asali menghiasi gelang para anbiya, laksana mohor Raja Agung yang pertama-mula menerapkan kalimah tawhid pada kalbu-diri Insan; yang terbit bagai bulan purnama cahayanya indah mengusir kegelitaan malam Jahiliah; yang katanya sungguh dan benar dan caranya betul belaka; tauladan terbaik bagi anak Adam dan rahmat Ilahi bagi sekalian alam.
Seterusnya kepada keluarganya yang dipersuci kesuciannya, yang nasabnya tumbuh teguh dalam Sejarah, laksana pohon yang akarnya membenam merangkum bumi dan daunnya melambai di langit murni.
Dan kepada para sahabatnya yang bagai bintang tetap bertabur menghiasi langit kelam, laksana lantera laut memandu bahtera ke pantai Salam.
Risalah Untuk Kaum Muslimin
Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Meskipun zahir berbentuk bashari,
Batinnya bangsa terlalu safi,
Kerana peri haknya ruhani
Pernah berkata lisannya murni:
Sebagai nabi aku terkandung
Dalam rahasia di Balai Agung,
Padahal Adam masih terapung
Antara air dan tanah lempung.
Meskipun rupaku anak Adam,
Darjatku asal terlebih kiram.
Tatkala Adam belum teringat,
Tatkala Kalam belum tersurat
Dan Papantulis belum tercatat,
Sudah terpandang oleh kunhi Zat
Seri wajahku di dalam mirat.
Sinaran sani cahaya kamalat,
Pancaran murni asma dan sifat,
Rumusan seni segala makhlukat
Yang zahir pada cermin hakikat -
Dalam diriku semua terlibat.
yang awal dicipta dan akhir menjelma, sehingga kedatangannya seperti yang datang dari Jauh ditunggu-tunggu; imam segala nabi dan khatimnya semua, laksana permata jawhar bercahayakan air asali menghiasi gelang para anbiya, laksana mohor Raja Agung yang pertama-mula menerapkan kalimah tawhid pada kalbu-diri Insan; yang terbit bagai bulan purnama cahayanya indah mengusir kegelitaan malam Jahiliah; yang katanya sungguh dan benar dan caranya betul belaka; tauladan terbaik bagi anak Adam dan rahmat Ilahi bagi sekalian alam.
Seterusnya kepada keluarganya yang dipersuci kesuciannya, yang nasabnya tumbuh teguh dalam Sejarah, laksana pohon yang akarnya membenam merangkum bumi dan daunnya melambai di langit murni.
Dan kepada para sahabatnya yang bagai bintang tetap bertabur menghiasi langit kelam, laksana lantera laut memandu bahtera ke pantai Salam.
Risalah Untuk Kaum Muslimin
Syed Muhammad Naquib Al-Attas
~~~
Notakaki:
[1] Maka bermulalah pembacaan diri akan Risalah yang terkandung di dalamnya sebanyak 74 perenggan, menyeluruhi banyak perkara "yang bukan sahaja penting bagi bangsa kita, bahkan Kaum Muslimin sedunia, kerana permasalahan yang terhurai di dalamnya itu mengenai masalah kekeliruan mendalam yang sama sedang dideritai oleh Kaum Muslimin di merata dunia." Moga dilancarkan pembacaan dan pemahaman sehingga penghabisan, dan manfaatnya menjangkau pelaksanaan ma'na-ma'na yang tersimpan dalam kehidupan. In sya Allah.
[2] gambar sekadar hiasan~
1 ulasan:
Risalah untuk Kaum Muslimin ini adalah catatan kata lisan Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas pada tahun 1973, ketika beliau bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Mahaguru Penyandang Kerusi Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dan juga sebagai Pengasas serta Pengarah Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Universiti itu.
Sedang Kaum Muslimin di merata dunia menderitai masalah kekeliruan mengenai Islam yang semakin meruncing, Risalah ini mengemukakan pandangan-pandangan Profesor al-Attas yang cukup
berdaya-asli dalam maksud membimbing Kaum Muslimin ke jalan yang benar. Sebab utama terjadinya keadaan buruk Kaum Muslimin dewasa ini, menurut beliau, adalah kejahilan masyarakat
Muslim itu sendiri mengenai Islam secara yang menyeluruh. Iaitu, Islam sebagai agama yang sebenarnya yang mampu melahirkan peradaban yang luhur lagi agung, yang mampu menghasilkan ilmu-
ilmu Islamiah yang tiada taranya dalam sejarah manusia. Kejahilan mengenai Islam itulah yang telah melenyapkan kesedaran akan tanggungjawab individu dan kaum Muslimin terhadap amanah ilmu
dan akhlak, dan seterusnya memerangkap mereka dalam pelbagai macam kekeliruan ilmu dan penyelewengan amal, hingga mereka terus terbelenggu pada rantai penjajahan pemikiran Kuasa-Kuasa Besar Dunia masakini.
sumber
Catat Ulasan