November 06, 2008

Narawastu Amman


fragmen cerpen Faisal Tehrani




Masjid Ahlul Kahf tidak jauh dari gua Ashabul Kahfi di Urdun, Jordan.


..Tujuh pemuda ingkar. Kala diminta menyerahkan korban untuk sembelihan berhala, salah seorang darinya menjawab.


“Hanya kepada Allah kita berkorban. Selain dari Allah maka ia adalah kafir.”


Ketika maharaja keluar kota untuk berburu. Diomedes yang memiliki mata paling biru di kalangan mereka pun menghimpunkan rakan-rakannya untuk satu mesyuarat penting.



“Sebelum raja gila itu menggugat akidah kita, marilah kita tinggalkan segala harta benda dan berangkat ke gua dibukit Anchilus. Sesungguhnya berlindung dari kekufuran adalah sesuatu terpuji. Kita harus memilih antara menyelamatkan akidah atau menawar jual beli dengan kejahatan dan kemaksiatan.”



Setelah itu mereka mewakilkan Imblicus untuk keluar ke kota dan menyamar sebagai pengemis buta, siap dengan pakaian compang camping langsung membeli makanan. Waktu itu tersebar sudah, berita maharaja telah pulang dari berburu binatang dan kini sedang memburu tujuh pemuda yang tidak mahu mematuhi kata-katanya.



Maharaja bertitah,
“Pemuda-pemuda menentang aku adalah pemuda maksiat terhadap berhala. Pemuda yang baik dan setia adalah pemuda yang berterima kasih kepada berhala dan pemerintah.”


Imblicus pun pulang mengkhabarkan berita nestapa. Makanlah ketujuh-tujuh sahabat dalam dukacita dan kebimbangan. Terdetiklah di hati mereka, bagaimanakah akan diselamatkan akidah suci ini dari dicemari sedang mereka sudah pun mengundur berlindung dalam gua iman yang kecil dan redup ini..







~~~


*Cerpen
ini tersiar di Akhbar Jawi Utusan Zaman pada 26 Disember 2004,
serta
diterbitkan semula di dalam Kekasih Sam Po Bo.

*** Rujuk di sini, dan di sini untuk maklumat lanjut
tentang sejarah Ashabul Kahfi.

***Gambar-gambar di atas diambil dari sini.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

begitulah Kuasa Ilahi,
kepada Ashabul Kahfi,
tiada mustahil di dunia ini,
jika kita beriman...
dan bertaqwa.

[Raihan-Ashabul Kahfi]

Allahu Allah.
Allah Akbar.

=]

firusfansuri berkata...

"Dan demikian (pula) Kami perlihatkan (manusia) dengan mereka (Ashabul Kahfi), agar mereka tahu, bahwa janji Allah benar, dan bahwa (kedatangan) Hari Kiamat tidak ada keraguan padanya.."

[Surah Al-Kahfi (18) : 21]


Allahu 'Aliimul Hakiim.
Allahu.. Allah.
Allahu Akbar.


=]

Tanpa Nama berkata...

ya Shafiq,
dlm lagu raihan tu..
dia cakap di bumi bersejarah urdu.
kota Emphesis tu = Urdu?

=]

lagi 1, cerita ni Faisal Tehrani referred to Al-Quran n hadith eh?

ok, itu aja soalan kali ni. huhu~
tengkiu~

=]

firusfansuri berkata...

Ya 'Izzaty.. kota Ephesus, bukan Emphesis.

"Antara pandangan di mana berlakunya peristiwa tersebut ialah 4 di Turki (Ephesus, Tarsus, Kahramanmaras, Mardin), 1 di Syria (Jabal Qassiyun) dan 1 di Jordan (Abu Alanda). Ada juga pendapat yang lemah mengatakan ia berlaku di Saudi Arabia dan Sepanyol."

Saya petik dari sini.

Faisal merujuk lokasi di Jordan untuk cerpennya ini. Jordan yang disebut dalam Bahasa Arab sebagai Al-Urdun, bukan Urdu.
(rasanya, ada kesalahan dalam lirik yang awak rujuk tu. Urdu tu bahasa rasmi orang2 di Pakistan. Hehe~ ;)


Cerita Faisal ni berisi nama2 yang diambil dari sumber-sumber ahli kitab, boleh juga kita katakan Israiliyyat. Cuba rujuk di sini, adanya nama-nama seperti Diomedes, Theodosius, Decius dan juga keping logam purba bertulis nama-nama mereka dan kisah itu. Mereka mengisahkan secara khusus, berbeza dengan Al-Quran dan hadis, ia tidak pula dikisahkan dengan mendalam.

Saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan di laman ini, saya petikkan bahagian yang penting, tentang unsur-unsur Israiliyat dalam pentafsiran kisah-kisah Al-Qur'an; di mana dalam hal ini telah disebutkan

..Rasulullah sallallaahu `alaihi wasallam melalui sabdanya:

"Ceritakanlah tentang Bani Israil, tidak ada halangan dan barangsiapa yang berdusta atas nama-Ku secara sengaja maka persiapkanlah tempat duduknya dari api neraka". (Hadith Riwayat al-Bukhari dalam bab : Perkara yang disebutkan tentang Bani Israil).


Sabda Rasulullah sallallaahu `alaihi wasallam lagi :

"Janganlah kamu membenarkan (mempercayai) ahli kitab dan jangan mendustakan mereka dan katakanlah, kami beriman dengan ALLAH dan apa yang diturunkan kepada kami…" (Hadith Riwayat al-Bukhari dalam bab "Tafsir : Ayat daripada surah al-Baqarah")


Berdasarkan ini, maka para sahabat radhiallaahu `anhum, apabila mengambil berita daripada ahli kitab mereka akan membenarkannya jika ianya bertetapan dengan syariat dan mereka akan menolaknya jika ia tidak bertetapan dengan syariat. Dalam hal yang tidak tentu iaitu yang ada kemungkinannya benar dan ada kemungkinannya tidak, maka mereka hanya bertawaqquf (tidak membuat ketetapan dan kesimpulan) tanpa memutuskan untuk menerimanya sebagai benar kerana ada kemungkinan ia adalah palsu dan tidak juga mereka memutuskan untuk menganggapnya sebagai bohong kerana ada kemungkinannya ia benar.



Jika ada yang ingin buat rujukan lanjut tentang masuknya Israiliyyat dalam penafsiran ayat-ayat al-Quran, buleh klik sini atau sini.


Wallahu a'lam bisshawab.

=]

emir.abu.khalil berkata...

assalammualaikum..

jzkk atas perkongsian cerita ini...

firusfansuri berkata...

wa'alaikumussalam wr wb, akhi Emir..

'afwan jiddan.