6.
Che Gayah cucunda kita, sungguh cucunda ini tak lelah mengecek ilmu. Baiklah biar nenda jelaskan lagi inti sari yang mana perlu. Tumbuhan yang lain untuk keperluan kecantikan, dapat digunakan minyak zaitun dan air mawar. Tumbuhan ini rasanya sejuk dan sangat berkesan dalam melembutkan kulit. Tumbuhan lain yang mesti cucunda perhatikan tak lain tak bukan daun lidah buaya untuk memperhalus kulit serta pangkal batang pokok pisang untuk melembutkan kulit telapak kaki yang kasar diganding ketimun untuk merawat wajah. Campuran pati kentang kalau digaul dengan pati mengkuang dan air mawar dapat melembutkan dan memutihkan kulit. Sedang bayam boleh diusahakan menjadi serbuk ubat jerawat. Khasiatnya untuk menguncupkan jerawat dan menghilangkan rasa gatal di muka.
Cucunda memang bangsa Melayu hebat menampung ilmu pelbagai, sayang orang tak berapa mahu menjadi Melayu. Yang mereka gilakan yang Barat-barat itulah. Adapun tokoh kosmetik ada wujud dalam dunia Islam satu masa dahulu. Nama ilmuan ini al-Zahrawi, dalam bahasa Latinnya Albucassis. Hidup di Cordoba, Andalusia antara tahun 936 hingga 1013 masehi. Terdapat sebuah kitabnya bernama at-Tasreef 30 juzuk semua. Juzuk 19 itu yang wajar cucunda gali. Memang khusus tentang ilmu-ilmu menjaga kecantikan ini. Ada dibincangkan cara membuat deodoran, mencabut bulu roma, membuat losyen tangan, sampaikan kaedah mewarna rambut dengan inai pun ada. Dalam juzuk itu bab adwiyat al-zinah malah menerangkan cara membuat lipstik, dan sabun serbuk untuk mencuci pakaian.
Cucunda Che Gayah, lihatlah peradaban 800 tahun Andalusia. Saat itu Eropah dalam kegelapan, kusam dan busuk, serta ahli masyarakatnya ramai yang bahlol bercampur tolol. Umat Islam sudah punya 600 buah masjid, 300 tempat mandi awam, 50 buah hospital, 70 buah perpustakaan dan jalanan digantung lampu untuk menerangkan laluan. Sampaikan ada penulis orientalis Stanley Lane Poole menulis dalam bukunya The Moors in Spain pada tahun 1887 bahawa sesudah kejatuhan peradaban Islam, Eropah mendapat cahaya dari pelita yang dipinjam. Sampai sekarang al-Zahrawi diabadikan di Cordoba. Cucunda Che Gayah andai sudah banyak menjual produk kosmetik melalui jualan langsung nanti pergilah melancong ke sana dan ziarahlah rumah nombor 6 di Calle Albucassis, tertera di hadapannya dengan plat gangsa: Di sini diamnya Abul Qasim. Itu sahajalah omelan nenda dahulu.
7.
Nenda Puteri Gunung Ledang,
Ada lagi disorok apa-apa? Janganlah diperam-peram..
~~~
*Pernah tersiar di dalam majalah URTV 15-31 Ogos 2005,
selebihnya cerpen ini termuat di dalam
Kekasih Sam Po Bo.
selebihnya cerpen ini termuat di dalam
Kekasih Sam Po Bo.
3 ulasan:
byk info ni..nice~ =)
Suka juga dengan tulisan FT yang ini. :D
Setiap kata-kata Nenda Puteri Gunung Ledang itu amat bermakna, sahabat.
kalau Tuhan sudah suka memandang rupa kita, apa lagilah yang cucunda mahukan?
Mudah-mudahan juga, kita dipandang molek oleh mereka-mereka yang di berada langit serta dibumi.
Ameen~
Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin..
Diyana, sahabat..
setuju~!
:)
Catat Ulasan