Sabda Al-Musthafa,
Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:"Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat (dengan sebenar-benar taubat), nescaya Allah Subhanahu wa Ta'ala mengurniakan keampunan kepadamu."[Riwayat Ibn Majah]"Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa), dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang selalu bertaubat."
[Riwayat Al-Tirmizi]"Ketika Allah Subhanahu wa Ta'ala. telah selesai mencipta semua makhluk, maka tertera tulisan di atas Arsy, berbunyi:
Rahmat-Ku mendahului murka-Ku (Rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku)."
[Riwayat Bukhari, Muslim & Ibn Majah]
November 05, 2008
Rahmat-Nya mendahului murka-Nya
Label:
Basis Agama,
Hadith
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Jazakallah atas peringatannya, ya akhi~
Ya Robb..
Betapa tak terukur kasihnya Engkau kepada makhluk-Mu..
Ya Robb..
Peliharalah nafas hamba untuk mampu dan terus bersyukur atas segala nikmat-nikmat-Mu dan bersabar atas segala ujian dari-Mu..
Demi kemuliaan kekasih-Mu, Sayyidina Muhammad sholallahu 'alaihi wasallam..
Ya Allah, kami memohon rasa takut, harap, cinta, rindu, senang, dan redha kepada-Mu serta taat terhadap semua perintah-Mu di atas hamparan penyaksian kepada-Mu, dengan melihat dari-Mu kepada-Mu, dan berbicara dengan-Mu tentang-Mu. Tiada Tuhan selain-Mu. Mahasuci Engkau. Ya Allah, kami telah menzalimi diri kami. Kami bertaubat kepada-Mu dengan lisan mahupun tekad. Kerana itu, terimalah taubat kami sebagai kemurahan dan kasih sayang. Buatlah kami melakukan amal yang Kauredhai. Perbaikilah untuk kami anak keturunan kami. Kami kembali kepada-Mu dan termasuk kaum muslimin.
Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.
[dipetik dari Hizib Abu al-Abbas al-Mursi r.a.]
.."ampunan-Mu Tuhan,
lebih besar dari kesalahan insan"..
[Hijjaz~Munajat Seorang Hamba]
"Tuhan,
dosaku menggunung tinggi..
tapi rahmat~Mu melangit luas..
harga selautan syukurku
hanyalah setitis
ni'mat~Mu di bumi.."
[Mengemis Kasih by Raihan]
=]
Catat Ulasan