September 25, 2008

Du'a-du'a Ramadhan (6)





Ya Allah,

jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa yang diampuni, kebaikanku sebagai kebaikan yang diterima dan keaibanku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.



Ya Allah,

berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepadaku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maafku dan hapuskan dosa serta kesalahanku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.


Ya Allah,
penuhkan hidupku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.



Ya Allah,

hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hatiku daripada fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.


Ya Allah,

jadikan puasaku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.



Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.

5 ulasan:

orangmuda berkata...

Ameen...ameen...ameen...

Buat du'a-dua' Ramadhannya, sahabat.

Salam hari-hari terakhir~

Tanpa Nama berkata...

minta kebenaran nak copy n paste boleh?

Ibnu Abas berkata...

Silakan..

ijad berkata...

salam... selamat aidilfitri 2008

Tanpa Nama berkata...

thank you..
no copyright in dakwah