Nuh Ha Mim angguk. Akur. Menepuk-nepuk bahu Raja Husain. “Safra itu tempat alas duduk. Dunia ini begitulah tidak lebih besar dari alas duduk. Kita buat alas sekejap sahaja pada punggung kita. Dunia ini ibarat sambang, sarang lebah yang kosong. Madu kekayaannya untuk orang lain. Habis juga nanti. Yang tinggal dunia yang kosong, ternampak dari luar pada kulit sahaja, menampakkan bentuk seperti sebuah sarang yang punya semua tetapi rupa-rupanya sambang sahaja.
“Sangku itu tempat kita menadah kotoran di tangan atau sisa makanan, itu sahajalah taraf dunia ini, tak lebih dari itu. Janganlah kita membesarkan sangku kerana ia hanyalah mangkuk menadah air basuhan tak punya apa-apa kelebihan. Sekepeng begitulah dunia ini, tidak ada erti apa-apa. Apa lakunya sekepeng di Pasar Melaka? Apa lakunya kekayaan sekepeng di sisi Tuhan?
“Yang kita bawa menghadapnya, iman dan amal sahaja. Selisik, begitulah dunia, seumpama sikat untuk menanggalkan segala kutu yang melekat di kepala. Kebendaan yang dicari manusia dan kemasyhuran hanyalah kutu yang perlu kita tanggalkan, kita bersihkan dengan selisik. Pada sepukal sedarlah kita yang kehebatan manusia itu sementara. Tajam akan menjadi tumpul. Lok akan menjadi haus.
“Tidak ada kehebatan dan keperkasaan melebihi kehebatan dan keperkasaan Tuhan. Surai, marilah anakanda kita bertakwa kerana itu sahaja yang akan menjaga kita pada hari kita harus menyeberang titian sehalus surai dibelah tujuh.."
5 ulasan:
Dari Kekasih Sam Po Bo ya, sahabat?
:)
Halia ini halia tanaman,
Tempat berhiris bintang berlenguh,
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga tempat yang sugguh.
Diri ini mudah lupa.
Selalulah ingat-ingatkan.
Ya Shafiq,
best la cerpen ni..sarat dgn makna.
erm..nanti awak masukkan byk lg cerpen cmni, k.
Syukran jiddan 4 sharing~
=]
Ya 'Izzaty..
'Afwan jiddan.
In sya Allah,
ada lagi yang bakal menyusul..
nanti.
=]
Sahabat,
Terang cahaya lindungan bulan
Melayang rendah si camar merah;
Hidup di dunia terjanji dugaan
Hanya Allah tempat berserah.
erm, cerpen itu.. versi online.
saya ambil dari sini.
saling
berpesanlah dengan kebenaran,
berpesanlah dengan kesabaran.
:)
Okey sahabat.
Terimas atas perkongsian web itu.
Mudah-mudahan nanti, ada manfaatnya.
:)
Sama-sama. In sya Allah, sahabat.
:)
Catat Ulasan